Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

Waktu Proton diperkenal, Geely belum wujud...(kini) Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti, produktiviti industri, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan harapannya supaya usaha sama strategik antara Proton dan pengeluar kereta Geely China, akan dapat meningkatkan proses menghasilkan kereta Proton yang lebih baik.

Perdana Menteri Malaysia itu mengambil maklum mengenai kemajuan besar yang telah dibuat oleh Zhejiang Geely Holding Group dari segi mengeluarkan kereta berkualiti walaupun memasuki perniagaan kereta lebih lewat berbanding Proton.

"Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita menghantar enam kereta Proton ke sini (China)… dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

“Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita. Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely," katanya selepas menyaskikan perjanjian antara Proton dan Geely, di ibu pejabat Geely di Hangzhou hari ini.

Dr Mahathir kini dalam lawatan rasmi lima hari ke China, yang turut membawanya ke Beijing.

Kereta elektrik pasaran Asean

Dr Mahathir juga berharap ilmu kejuruteraan yang bakal diperoleh menerusi usaha sama itu dapat membantu meningkatkan produk Malaysia seperti kereta.

Perdana Menteri berkata industri automotif sentiasa menambah baik dari segi teknologi dan kualiti, dan dalam hubungan ini Proton sudah mengikutinya, dengan meningkatkan reka bentuk dan kualiti keretanya.

"Kereta sedia ada sebenarnya boleh dipasarkan di banyak tempat,” katanya dan menambah kereta Proton tidak dapat dipasarkan di banyak negara Barat kerana tidak memenuhi standard pelepasan Euro 5.

"Namun kita percaya jika kita dapat memperoleh enjin baru dan meningkatkan kualiti, kita akan dapat memasarkannya dan bersaing dengan jenama lain. Bekerjasama dengan Geely akan menambah baik kereta Proton," kata Dr Mahathir.

Menjawab soalan, beliau berkata berdasarkan apa yang beliau saksikan, Geely, yang menguasai 49.9 peratus kepentingan dalam Proton, berkeupayaan untuk mengeluarkan kereta elektrik bersama Proton untuk pasaran ASEAN dan melepasinya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS