Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Penduduk sekitar Sentul, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan projek balai polis bantuan di kawasan hijau kepada sebuah syarikat pembangunan swasta.

Lebih menyedihkan, DBKL juga didakwa tidak melayan surat permohonan pemberhentian segera daripada anggota parlimen Batu P Prabakaran.

"Kami telah mengemukakan beberapa surat bantahan oleh penduduk kepada DBKL.

Malah, Ahli Parlimen Batu, YB Prabakaran sendiri menulis satu surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad agar segera memberentikan pembinaan tersebut.

"Namun, tiada sebarang tindakan diambil, kata S Linga Moorthy kepada Malaysiakini.

Terdahulu, hari ini lebih 300 penduduk sekitar Sentul menghantar surat pembantahan kepada DBKL berhubung pembinaan balai tersebut yang kini dilihat hampir bersiap.

Ia dibina berdekatan Sentul Boulevard.

Sementara itu, seorang pemilik kedai di kawasan itu D Mahesh Kumar berkata, pembinaan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas tamat waktu persekolahan.

Tambah beliau, kawasan tersebut digunakan bagi aktiviti sukan harian sekolah, tempat menunggu murid sekolah dan juga senaman tai chi oleh penduduk tempatan.

"Sekarang, semuanya dihentikan selepas pembinaan balai polis bantuan sementara," tegas beliau.

Untuk rekod, Prabakaran pada 11 Julai mengutus sepucuk surat bantahan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkenaan bantahan awam terhadap pembangunan pondok polis sementara tersebut.

Prabakaran turut meminta jasa baik menteri agar mengeluarkan arahan untuk menghentikan sebarang kerja di kawasan tersebut sehingga selesai perbincangan 'menang-menang' antara kedua-dua pihak.

Penduduk setempat L Manickam turut menyatakan perasaan tidak senangnya dengan kesesakan jalan raya yang berlaku.

Sambil memberitahu anaknya belajar di sekolah tersebut, Manickam berkata pada kebiasaan anaknya menunggu ditapak tersebut memudahkan beliau mengambilnya selepas tamat waktu sekolah.

"Tapi, sekarang tapak tersebut dipagar oleh pihak syarikat swasta mengakibatkan anaknya bersama rakan lain terpaksa menunggu tepi jalan.

“Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas selepas ibu bapa menunggu di jalan raya utama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Sentul yang hanya dikenali sebagai Bakri turut membantah pembinaan pondok polis bantuan atas alasan tapak tersebut pernah dimanfaatkan oleh murid-murid Dignity School Sentul untuk aktiviti harian.

"Para murid dari sekolah tersebut menggunakan tapak tersebut untuk aktiviti harian. Dari dulu tapak tersebut dijadikan tempat latihan dan aktiviti ko-kurikulum harian sekolah tersebut. Tetapi, kini ia sudah tiada lagi. Tiada tempat untuk murid-murid tersebut membuat latihan," kata Bakri.

Boleh bawa ke mahkamah 

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan pembinaan pondok polis sementara itu boleh membawa isu ini ke mahkamah.

Menurutnya, pada 5 Disember 2017, syarikat swasta tersebut telah mengemukakan cadangan pembangunan sebuah pondok polis sementara setingkat dengan kemudahan tempat letak kereta di atas sebahagian Lot 209 (Kawasan Lapang), Seksyen 84, Jalan Amra.

Katanya, permohonan itu diluluskan kerana tiada bantahan diterima dari pemilik-pemilik lot-lot bersebelahan.

"Inilah informasi. YB menteri tahu. Mereka boleh bawa isu ini ke mahkamah untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh DBKL," jelas beliau lagi.

Lihat Komen
ADS