Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mengenepikan saman misfeasans yang difailkan calon anggota dewan undangan negeri PKR Rantau, Dr S Streram atas alasan perkara itu seharusnya dibicarakan di mahkamah pilihan raya.

Peguam Sathya Kumardas yang dilantik SPR dan pegawai pengurus pilihan raya Amino Agus Syub, juga memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Darryl Goon bahawa mahkamah itu tidak mempunyai kuasa mendengar saman berkenaan kerana dakwaannya di bawah bidang kuasa undang-undang pilihan raya.

Sathya juga memberitahu Goon bahawa permohonan relief adalah tidak betul kerana Streram memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.

Maka, tambahnya, saman berkenaan melanggar proses mahkamah.

SPR melantik peguam sendiri bagi semua kesnya kerana Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini mendedahkan pihaknya tidak akan mewakili suruhanjaya itu.

Petisyen berkenaan didengarkan di hadapan Hakim Azimah Omar di Seremban.

Peguam Irzan Iswad berkata petisyen yang difailkan itu merupakan tindakan berasingan kerana Streram berhak memfailkan saman ke atas SPR.

Goon kemudian meminta agar penyerahan lanjut berhubung perkara itu diadakan pada 3 Sept.

Pada 7 Mei, Streram memfailkan saman misfeasans RM7.6 juta terhadap Amino dan tindakan SPR yang menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Dalam kenyataan dakwaannya, Streram mendakwa defendan gagal menjalankan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 yang seterusnya memberi kemenangan tanpa bertanding kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Streram juga mendakwa kegagalan SPR untuk menerima pencalonannya melanggar haknya yang dijamin di dalam perlembagaan.

Streram is seeking RM5 million in general damages, RM2.6 million in exemplary damages and other relief deemed fit by the court.

Streram menuntut RM5 juta sebagai kerugian am, RM2.6 juta sebagai teladan dan relief lain yang dilihat sesuai oleh mahkamah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS