Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Forest City: Mahathir kata lain ketika bertemu kami
Diterbitkan:  Aug 27, 2018 4:45 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Syarikat pemaju Forest City di Johor hari ini mendakwa kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek itu hari ini seperti dilaporkan media bertentangan dengan hasil pertemuan beliau dengan syarikat itu.

Dalam satu kenyataan, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (Country Garden) berkata perdana menteri telah bertemu dengan pengasas dan pengerusi syarikat pemaju hartanah China, Country Garden Holdings, Yeung Kwok Keung.

"Mereka mengadakan pertemuan tertutup pada 16 Ogos 2018, sebelum lawatan beliau ke Beijing.

"Ketika itu, Tun Mahathir menegaskan beliau mengalu-alukan pelaburan asing yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan, mempromosikan pemindahan teknologi dan inovasi dan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," kata kenyataan itu.

Syarikat itu mengulas kenyataan Mahathir hari ini bahawa kerajaan akan menghalang orang asing daripada membeli hartanah di Forest City.

"Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sana. Bantahan kami kerana ia dibina untuk orang asing dan bukan rakyat Malaysia. Kebanyakan warga Malaysia tidak mampu membeli hartanah berkenaan," kata Mahathir tanpa menjelaskan sama ada ia sudah dikuatkuasakan.

Country Garden berkata projek Forest City mematuhi semua peraturan dan undang-undang dengan kelulusan yang diperlukan untuk penjualan kepada pihak dari luar negara.

Syarikat itu memetik Seksyen 433B Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bukan warganegara dan syarikat asing boleh memperolehi tanah jika mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri.

Syarikat itu berkata pihaknya sedang meminta penjelasan pejabat perdana menteri berhubung perkara itu kerana "yakin komen Mahathir dilapor secara luar konteks oleh beberapa media."

BACA LAPORAN KHAS

Alkisah Forest City, sultan dan dugong

Impian berkecai buruh China di Forest City

Lihat Komen
ADS