Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

INKUIRI SUHAKAM | Bekas ketua polis negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah mengarahkan pasukannya untuk membantu pihak berkuasa agama dalam menguatkuasakan fatwa terhadap penganut Syiah dan kegiatannya.

Khalid juga yakin fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan memiliki implikasi daripada segi undang-undang.

Khalid berkata ketika disoal panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menyiasat kehilangan Amri Che Mat hari ini.

"Masalah Syiah ini sebenarnya bukan masalah PDRM tetapi kita ada persefahaman dengan jabatan agama Islam, dalam hal-hal kesalahan di bawah akta syariah negeri-negeri kita akan membantu jabatan agama Islam.

"Dari masa ke semasa ke semasa akan memberi arahan kepada pegawai saya bila saya dapat maklumatterhadap aktiviti-aktiviti yang tidak selari dengan ajaran Islam.

"Memang saya bagi arahan bagi mereka memajukan kepada jabatan afama islam untuk membantu jabatan agama Islam untuk menjalankan siasatan.

"Kita bagi bantuan anggota untuk menjaga keamanan masa jabatan agama Islam menjalankan penguatkuasaan atas aktiviti-aktiviti yang berjalan," katanya di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Khalid, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa bahawa Syiah adalah sesat kerana ia membawa ajaran selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Pada fahaman saya, pada masa itu, ia telah digazetkan oleh Jabatan Agama Islam Perak dan ia ada legal implications," jawab beliau ketika disoal.

Amri di bawah pengawasan

Bagaimanapun, kemudiannya Pesuruhjaya Suhakam Prof Datuk Dr Aishah Bidin membetulkan Khalid dan berkata Muzarakah Jawatankuasa Fatwa ditugaskan untuk mengeluarkan fatwa dan ia tidak mempunyai implikasi undang-undang di seluruh negara.

Bekas IGP selanjutnya menjelaskan bahawa beliau mungkin "salah faham" kewujudan Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi berkata beliau telah dimaklumkan bahawa fatwa terhadap aktiviti Syiah akan diwartakan menjadi undang-undang di semua negeri.

Amri hilang pada 24 November 2016 ketika Khalid masih menjadi ketua polis negara.

Bekas ketua cawangan ekstremisme sosial Bukit Aman, Awaludin Jadid sebelum ini mendedahkan unitnya telah mengawasi Amri sebelum kehilangannya dan melihat NGO Perlis Hope yang diasaskan bersama oleh Amri itu sebagai satu bentuk aktiviti penyebaran fahaman penganut Syiah.

Hari ini, Khalid berpendapat bahawa polis hanya mematuhi "dasar kerajaan" mengenai Syiah dan merasa bertanggungjawab untuk memastikan rakyat melakukan perkara yang sama.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jika Amri di bawah pengawasan kerana Awaludin tidak melaporkan terus kepadanya dan beliau tidak mempunyai pengetahuan terperinci tentang kes itu.

"Saya tidak dapat mengesahkan bahawa dia sedang diawasi, saya tidak banyak tahu tentang kes ini.

"[...] Saya belum dikemas kini mengenai kes ini dan sebelum saya bersara (pada September 2017) saya tidak tahu sebabnya (mengapa dia hilang)," katanya.

Prosiding hari ini diketuai pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah Weng Kwai bersama panel Aishah Bidin dan Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS