Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanipa: Mansuh akta berita palsu tak perlu lulus Dewan Negara

Kerajaan masih boleh memansuhkan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 walaupun dihalang senator BN yang menguasai Dewan Negara pada minggu depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Ini kerana Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan persetujuan Dewan Negara tidak diperlukan bagi pelulusan undang-undang di Parlimen, katanya.

Dalam hal Dewan Negara menolak rang undang-undang itu, menurut Hanipa RUU itu akan dirujuk kembali ke Dewan Rakyat untuk kelulusan.

Selepas Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, beliau berkata kerajaan akan menyerahkan rang undang-undang itu kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan baginda.

RUU itu kemudiannya akan diwartakan dan berkuat kuasa, katanya kepada Malaysiakini semalam.

"Jadi pada asasnya, Dewan Negara hanyalah rubber stamp ('pak turut'). Mereka hanya boleh menunda dan menangguhkan rang undang-undang tetapi mereka tidak boleh menolaknya," katanya.

Di bawah Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat hanya boleh menyemak semula RUU yang diluluskan sekurang-kurangnya selepas setahun berlalu.

Selepas itu, rang undang-undang itu akan dibentangkan buat kali kedua di Dewan Negara. Kerajaan akan mengemukakan rang undang-undang tersebut ke istana, dengan atau tanpa kelulusan senat.

Senator BN sokong lulus RUU mansuh GST

Hanipa berkata beliau berharap Dewan Negara sekali lagi akan memberi laluan kepada kerajaan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti Berita tidak Benar 2018 (Pemansuhan).

Terdapat 32 senator BN dan tiga senator PAS di Dewan Negara.

Dewan Negara yang bermula pada 20 Ogos lalu telah meluluskan RUU GST Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan serta dua lagi RUU selepas senator BN memberi laluan kepada kerajaan HARAPAN.

Dewan Negara telah menarik perhatian media apabila menangguhkan pemansuhan RUU akta anti berita palsu ke 12 September depan.

Tiada apa-apa yang luar biasa mengenai aturan mesyuarat berkenaan kerana ia berjalan mengikut jadual asal, kata Hanipa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS