Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS: SPRM tak perlu terkejut
Diterbitkan:  Sep 3, 2018 2:52 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu terkejut apabila mahkamah membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah," kata Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

"Saya turut terkejut apabila SPRM 'amat terkejut' dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah," katanya dalam suatu kenyataan.

Ini kerana, menurut Ahmad Fadli keputusan berkenaan sudah dijangka dan beliau,"tidak ingin menyatakan bahawa keputusan mahkamah itu tidak tepat, tapi itulah trend selepas pilihanraya umum ke14."

"Justeru, apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim Guan Eng, ia sudah dijangka, dan tiada pihak patut terkejut," katanya.

Fadli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan memberi contoh kes Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, MP Sungai Buloh R Sivarasa, MP Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan aktivis Mandee Singh.

"Sebelum ini pun kita telah menyaksikan kes Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan selepas mengetepikan hukuman 18 bulan.

"Ia diikuti pula dengan pembebasan Anggota Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa daripada tuduhan memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Razak di laman sosial dua tahun lalu.

"Seterusnya, ia berlanjutan pada 3 Ogos 2018 apabila Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan aktivis Mandeep Singh dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dari pertuduhan menyertai rali 'kita lawan' tiga tahun lalu," katanya.

SPRM dalam maklum balas ringkasnya terhadap kes Guan Eng berkata pihaknya “amat terkejut” dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan menteri kewangan itu daripada tuduhan rasuah.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM,” kata suruhanjaya itu.

Lihat Komen
ADS