Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita Umno: Sekurang-kurangnya kes Khir tidak ada campur tangan
Diterbitkan:  Sep 4, 2018 1:47 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Noraini Ahmad membantah pembebasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dari pertuduhan rasuahnya, dan membandingkan kes itu dengan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo yang disabitkan kesalahannya pada tahun 2015.

“Dalam kes Lim, beliau sudah dikenakan pendakwaan dan perbicaraannya telah pun bermula.

“Sepatutnya apabila sesuatu kes dibicarakan, segala proses mencari bukti harus dipersiapkan. Tetapi yang menghairankan sekarang adalah Peguam Negara (Tommy Thomas) memutuskan pendakwaan kes tidak diteruskan.

“Bukankah itu menimbulkan rasa pelik kepada orang ramai? Belum separuh kes dibicarakan, sudah berhenti?

“Sekurang-kurangnya rakyat melihat sebelumi ini tiada campur tangan peguan negara dalam kes yang melibatkan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo.

“Dalam kes itu, mahkamah dapat mempertimbangkan kes serta mendengar kes tersebut sehingga beliau didapati bersalah,” Noraini dalam satu kenyataan hari ini.

Khir disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 2015 kerana memiliki dua lot tanah di Shah Alam bernilai RM3.5 juta untuk dirinya dan isterinya. Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Noraini berkata kerajaan Pakatan Harapan sering bercakap mengenai “keluhuran undang-undang” tetapi beliau mempersoalkan sama ada keluhuran undang-undang itu dilaksanakan dalam kes melibatkan Lim.

“Sepatutnya sebelum sesuatu kes itu dikategorikan sebagai tidak ada kes atau tidak diteruskan pendakwaan, perlulah disediakan alasan-alasan yang kukuh kenapa ia berlaku.

“Ini kerana dikhuatiri akan ada tanggapan bila mana sesuatu kerajaan memerintah, keluhuran undang-undang yang dilaksanakan berbeza dan bertukar.

Beliau turut mempersoalkan mengapa SPRM tidak dirujuk sewaktu permohonan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membebas tanpa melepaskan tertuduh.

“Keputusan mahkamah membebas dan melepaskan tertuduh sekali gus perlu dikaji kemungkinan disebabkan kegagalan AGC menunjukkan keazaman untuk membawa tertuduh ke muka pengadilan.

“Tindakan AGC ini dilihat menolak dan memperkecilkan tugas dan amanah yang telah dijalankan oleh pihak SPRM dan seolah-olah ada berlaku selective prosecution.

“Dalam hubungan ini, AGC digesa memberi penjelasan berhubung perkara di atas kerana ini melibatkan public interest dan kes kes seumpama yang mungkin ada di masa hadapan,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS