Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bagaimana hukuman sebat awam dilakukan di Terengganu
Diterbitkan:  Sep 5, 2018 10:34 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

KINIGUIDE | Hukuman sebat awam yang dilaksanakan di di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada hari Isnin telah mendapat perhatian ramai ahli politik dan NGO Hak Asasi Manusia.

Tetapi bagaimana hukuman sebenar dijalankan?

Butirannya terkandung dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu).

Walau bagaimanapun, undang-undang ini hanya terpakai di Terengganu, kerana setiap 13 negeri di Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan mempunyai enakmen syariah sendiri.

Di sini, kita melihat bagaimana hukuman sebat dilakukan di Terengganu.

Apa yang digunakan untuk hukuman sebat itu?

Rotan itu dibuat daripada rotan atau ranting kecil yang tidak mempunyai ruas atau buku.

Ia tidak boleh melebihi 1.22 meter dan diameter 1.25 sentimeter.

Apakah peraturan untuk melaksanakan hukuman sebat itu?

Pesalah harus berpakaian sesuai dengan hukum syarak. Sekiranya pesalah itu adalah lelaki, dia disebat semasa berdiri. Jika pesalah itu perempuan, dia akan duduk.

Pegawai yang melakukan sebat itu melakukannnya degan kekuatan "sederhana" dan tanpa mmengangkat rotan di atas kepalanya untuk mengelakkan melukakan kulit pesalah itu. Rotan juga mesti diangkat selepas setiap sebatan dilakukan, bukannya ditarik.

Pegawai itu boleh memukul mana-mana bahagian bahagian badan pesalah kecuali muka, kepala, perut, dada, dan bahagian sulit.

Bolehkah hukuman itu dilakukan di mana-mana sahaja?

Ya. Seksyen 125 (3) (c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) menyatakan bahawa hukuman sebat  itu boleh dijalankan di mana-mana lokasi sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau kerajaan negeri, selagi ia dilakukan di hadapan seorang pegwai perubatan kerajaan.

 

Ahli majlis eksekutif Terengganu yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan syariah, Satiful Bahri Mamat (gambar), berkata negeri itu boleh mempertimbangkan tempat-tempat awam lain untuk menjalankan hukuman itu.

Satiful juga memberitahu wartawan bahawa Mahkamah Syariah Terengganu mempunyai kuasa untuk membenarkan hukuman sebat itu dilaksanakan di mana-mana, termasuk di penjara dan di mana-mana lokasi di luar mahkamah.

Mengapa seorang pegawai perubatan hadir ketika hukuam sebat dilaksanakan?

Sebelum hukuman sebat dilakukan, undang-undang memerlukan pesalah menjalani pemeriksaan perubatan oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk memastikan bahawa pesalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman.

Sekiranya pesalah hamil, maka hukuman itu hanya boleh dilakukan dua bulan selepas bersalin atau keguguran.

Pegawai perubatan juga mesti hadir semasa hukuman sebat dijalankan. Sekiranya pegawai perubatan menentukan bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menjalani hukuman, hukuman itu akan ditangguhkan sehingga pegawai perubatan menentukan bahawa pesalah itu layak untuk disebat.

Siapa yang bertanggungjawab untuk sebat?

Seksyen 125 (3) (d) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) tidak jelas mengenai perkara itu. Ia menyatakan bahawa orang yang menjalankan sebat mesti seorang yang "adil" dan "matang".

Satiful berkata, dalam hukuman sebat Isnin lalu, pegawai wanita dari Penjara Kajang telah melakukan hukuman itu. Jabatan Penjara adalah agensi kerajaan persekutuan.

Adakah ini hukuman sebat awam pertama di Malaysia?

Tidak. Terdapat juga hukuman sebat awam yang dijalankan pada 2016 di mahkamah syariah di Tawau. Kes pada 2016 itu melibatkan pasangan heteroseksual yang disabitkan dengan perzinaan, sedangkan kes terbaru melibatkan pasangan lesbian.

Jadi, hukuman sebat di Terengganu itu boleh dianggap segatai kes hukumzn sebat awam pertama di Malaysia yang dilakukan terhadap orang LGBT.

Bahan unuk KiniGuide itu disusun oleh WONG KAI HUI.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS