Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
JAG gesa k’jaan laksana moratorium terhadap hukuman sebat

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mahu kerajaan Pakatan Harapan supaya melaksanakan moratorium terhadap hukuman yang mendera kerana ini dianggap sebagai kejam, ganas dan menghina.

Merujuk kes pasangan lesbian yang didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan seksual antara wanita, JAG berkata tidak masuk akal untuk membandingkan kaedah merotan di bawah undang-undang syariah dan sivil.

Pada sidang akhbar di Damansara Heights, Kuala Lumpur, hari ini, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Rozana Isa, berkata sebatan di kedua-dua undang-undang mengikut syariah dan sivil adalah memalukan.

“Ini hukuman yang kejam dan zalim, walaupun dicanang dan dijaja bahawa ia (sebatan syariah) tidak sekeras yang dilakukan oleh mahkamah sivil... tetapi ini bukan competition.. .yang mana kurang sakit atau sebaginya.

“Hukuman itu amat memalukan... kesan merotan itu bukan saja dari segi fizikal, tetapi dari segi emosional dan mental.

“Kalau kita (mahu) kupas isu merotan, kita tak bezakan antara syariah atau sivil. Hukuman sebat secara keseluruhannya adalah hukuman yang zalim dan kejam,” katanya. .

Sidang akhbar itu juga disertai oleh anggota Empower, Honey Tan; pesuruhjaya Suhakam, Lok Yim Pheng; dan pengasas bersama Justice for Sisters, S Thilaga.

Rozana berkata JAG telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam negara, Tommy Thomas, pada 30 Ogos, untuk mengessa agar hukuman sebat dan bentuk lain yang mendera dihentikan bagi semua kesalahan.

JAG, dalam memorandumnya juga mempersoalkan sama ada kedua-dua wanita diwakili oleh peguam semasa perbicaraan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS