Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelantikan Raus: Tujuh hakim tentukan pada 24 Sept ini
Diterbitkan:  Sep 18, 2018 1:53 PM
Dikemaskini: 5:56 AM

Panel tujuh hakim mahkamah persekutuan akan menyerahkan keputusan mereka, pada 24 September ini berhubung pelantikan kontroversi Tun Mohd Raus Sharif sebagai ketua hakim negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai presiden mahkamah rayuan yang menjangkaui umur persaraan mandatori mengikut perlembagaan.

Peguam Badan Peguam Malaysia, Farez Jinnah, dan peguam yang mewakili Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohd Haniff Khatri Abdulla, yang memfailkan cabaran hampir serupa tetapi ditolak oleh mahkamah tinggi, memberitahu perkara itu kepada pemberita.

"Kami menerima notis bahawa mahkamah tertinggi akan mengemukakan keputusannya, tetapi Dr Mahathir juga sedang menunggu keputusan rayuannya di mahkamah rayuan," kata Haniff.

Pada Khamis lalu, tujuh hakim yang diterajui oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, menyoal peguam daripada Badan Peguam dan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai sama ada kes mencabar perlembagaan perlantikan itu adalah akademik memandangkan Raus dan Zulkefli telah melepaskan jawatan pada bulan Julai.

Peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Badan Peguam yang memfailkan kes itu bagaimanapun berhujah kes itu bukan akademik kerana ada persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan am dan perlu dijawab.


Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan secara sukarela pada Julai lalu. Mereka digantikan oleh Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara dan Tan Sri Ahmad Ma'arop sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Ketika pendengaran, empat soalan undang-undang dibangkitkan kepada panel tujuh hakim itu, iaitu:

1) Sama ada Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan membolahkan hakim tambahan dilantik atas nasihat ketua hakim, yang mana akan dilantik selepas ketua hakim bersara.

2) Sama ada Artikel 121(1A), yang dibaca bersama Artikal 122B(1), Artikel 122B(2), dan Artikel 125(1) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim tambahan boleh dilantik sebagai ketua hakim negara atau presiden Mahkamah Rayuan.

3) Sama ada pelantikan hakim oleh Yang di-Pertuan Agong bawah Artikel 122(1A) dan 122B(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dibawa ke mahkamah dan dibicarakan.

4) Sama ada pelantikan hakim tambahan dan selepas itu ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan, yang diumum ketika mereka masih menjadi hakim dan berkuatkuasa selepas persaraan, mencabuli Artikel 121(1), Artikel 122(1A) dan Artikel 125(1) Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS