Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ratusan kontraktor bumiputera berisiko gulung tikar'
Diterbitkan:  Sep 18, 2018 4:13 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF Malaysia), Tukiman Radion, dipetik BH Online mendakwa selepas PRU-14, pemberhentian dana menyebabkan kontraktor hilang sumber pencarian, selain tuntutan belum dibayar bagi projek yang siap sebelum pilihan raya.

Menurut laporan BH Online, penangguhan dana itu antaranya membabitkan tuntutan sebanyak RM8 juta bagi dua projek yang sudah siap tetapi belum dibayar oleh kerajaan.

Tukiman berkata projek itu membabitkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu.

Beliau juga dipetik BH Online berkata terdapat pihak yang mendakwa peruntukan tersebut diselewengkan.

Katanya, projek berkenaan dilaksanakan pada Februari lalu dan sudah siap sepenuhnya dua bulan selepas itu.

"Bagaimanapun, saya ada dengar desas-desus peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada kontraktor diselewengkan untuk kegunaan PRU-14.

Tuntutan telah disuarakan di KBN 2018

“Kerajaan sudah memperuntukkan dana bagi projek ICU dan SPNB sebelum penganugerahan dan pelaksanaan kerja. 

“... bajet yang diluluskan kerajaan terdahulu, ditarik balik (selepas PRU14) menyebabkan kontraktor hilang mata pencarian, malah saya sendiri tidak bekerja ketika ini,” katanya petik laporan BH Online.

Tukiman juga dipetik berkata, isu tuntutan belum dibayar itu sudah disuarakan ketika menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) dan sebelum itu turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018) anjuran Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 September lalu.

KBN 2018 turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyampaikan ucap tama.

Lihat Komen
ADS