Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penduduk tuntut laporan DBKL projek pangsapuri di Setiawangsa

Beberapa penduduk di Desa Putra Condominium yang terletak di kawasan Setiawangsa menuntut pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan maklumat lengkap mengenadi cadangan membina pangsapuri 46 tingkat di hadapan kediaman mereka.

Mereka mahu meneliti Laporan Kesan Pembangunan (DIA), Laporan Kesan Pengangkutan (TIA) dan Laporan Kesan Sosial (SIA) bagi projek itu, kata wakil penduduk Ruzanna Mohamed pada sidang akhbar hari ini.

"Saya fikir laporan berkenaan penting buat kami sebagai penduduk untuk melihat kesan cadangan pembangunan ini terhadap kami.

"Kami harap DBKL dapat memberikan kami laporan berkenaan dan memberikan kami kerja sama supaya paling kurang kami diberitahu masa kami perlu datang untuk pendengaran awam (untuk projek itu)," katanya di pejabat khidmat masyarakat PKR Setiawangsa.

Ruzanna yang merupakan salah seorang penyelaras bantahan terhadap cadangan pembangunan itu berkata penduduk pada 27 Ogos telah menyerahkan dua pucuk surat kepada DBKL memperincikan sebab-sebab mereka membantah pembangunan itu.

Suatu petisyen yang ditandatangani 229 penduduk turut disertakan bersama surat berkenaan.

Mereka masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada DBKL walaupun telah beberapa kali mencubanya.

Ruzanna berkata mereka mempersoalkan bagaimana tanah seluas 1.9 ekar telah ditukar status kediaman kepada status komersial yang didakwa dibuat tanpa perundingan penduduk sekitar.

Malaysiakini sedang menghubungi DBKL dan pihak pemaju bagi mendapatkan ulasan.

Ketelusan maklumat DBKL

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menggesa DBKL mematuhi permintaan penduduk untuk mendapatkan ketelusan maklumat.

Beliau selanjutnya mempersoalkan jika penukaran status guna tanah selaras dengan Pelan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dan menggesa menteri wilayah untuk menggazetkan pelan tersebut.

"Saya menggesa Menteri Wilayah Khalid Samad untuk mewartakan pelan berkenaan secepatnya... Secara dasarnya, terdapat banyak masalah di Kuala Lumpur hari ini kerana pelan rancangan tempatan tidak digazetkan.

"Kamu bercakap kota Melbourne bagus, bagaimana bagusnya London. Ini kerana mereka mempunyai pembangunan yang mampan dan bandar yang sesuai didiami," katanya.

Terdahulu, Khalid berjanji akan mewartakan pelan tersebut pada tahun ini.

Deraf Pelan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 siap pada 2008 dan memakan belanja pembayar cukai sebanyak RM30 juta tetapi tidak diwartakan semasa era pentadbiran menteri wilayah di bawah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS