Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Saya masih menanti jawapanmu, Guan Eng
Diterbitkan:  Sep 19, 2018 11:45 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau masih menanti maklum balas kerajaan dalam beberapa isu setelah membuat penjelasan.

Antaranya, kata Najjib, berkaitan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa akaun hasil disatukan kerajaan hanya RM450 juta pada akhir April 2018.

“Saya telah menjawab tuduhan Guan Eng itu dengan memberi banyak sebab mengapa dakwaan itu adalah mustahil.

“Malangnya, sehingga kini, Guan Eng tidak pernah menyebut lagi perkara ini ataupun menjawab dengan maklumat lebih terperinci,” kata anggota parlimen Pekan.

Sementara itu, Najib juga berkata beliau juga menanti jawapan Lim kenapa tiada suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan kehilangan dana RM35 bilion wang input cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Tambahannya, saya juga masih menunggu beliau dan kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi bukti mengapa mereka berulang kali mendakwa bahawa kos sebenar ECRL hanya RM30 bilion.

“Kertas cadangan mana dan dari tahun mana tercatat kos RM30 bilion ini?

“Jangan cuma menuduh semata-mata untuk memburukkan saya dan kerajaan BN dulu tanpa memberi bukti.” kata bekas pengerusi BN.

Lihat Komen
ADS