Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hishammuddin sahkan jumpa Dr M bincang masa depan negara
Diterbitkan:  Sep 19, 2018 7:09 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam.

Menurut laporan NST, pegawai khas bekas menteri pertahanan itu berkata perjumpaan itu bagi mendengar rancangan Dr Mahathir berhubung "masa depan orang kaum (Melayu) dan Malaysia".

Laporan berhubung mesyuarat itu menimbulkan spekulasi sama ada Hishammuddin akan menyertai bekas menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan Umno.

Terdahulu, dalam kenyataan di Facebook, penasihat media Dr Mahathir, Datuk A Kadir Jasin berkata: "Assalamualaikum Datuk Seri Hishammuddin. Nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?"

Sementara itu, NST memetik Hishammuddin berkata, tiada sebab untuk beliau meninggalkan Umno yang diasaskan oleh datuknya, Datuk Onn Jaafar, sementara ayahnya merupakan presiden keempat parti itu.

"Bagi saya, saya tak ada sebab untuk meninggalkan Umno, tapi saya rasa kepimpinan perlu menunjukkan arah yang jelas kepada anggota Umno," katanya.

Mengulas tindakan Mustapa meninggalkan Umno, Hishammuddin berkata beliau akan berjumpa dengan anggota parlimen Jeli itu dalam masa terdekat.

"Saya hormat dengan Tok Pa... Kami akan berjumpa dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas pemimpin parti itu yang meninggalkan Umno Dalam situasi parti itu ketika ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS