Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah bebaskan M'kini, KiniTV kes video bekas AG

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pengarah Malaysiakini dan KiniTV, Steven Gan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Premesh Chandran mengenai beberapa pertuduhan memuat naik video berkaitan bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Hakim MM Ediwin Paramjothy membuat keputusan itu berikutan pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) Nazrul Nizam memberitahu mahkamah pihaknya menarik diri daripada kes tersebut setelah menerima surat representasi.

Nazrul memohon mahkamah supaya melepaskan tetapi tidak membebaskan daripada pertuduhan.

Peguam Malaysiakini, Fahri Azzat yang mewakili bersama K Shanmuga berkata pembebasan daripada pertuduhan itu perlu diberikan di bawah Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah.

Fahri dalam permohonannya kepada mahkamah mengemukakan empat hujah.

Beliau berhujah kes ini patut dilepaskan kerana tiada pengesahan yang mereka (tertuduh) berniat untuk mendakwa semula, tiada alasan yang diberikan untuk penarikan balik (pertuduhan), (Penyelaras Deklarasai Rakyat) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dipaparkan dalam video memberikan ulasanya tidak dituduh menghasut dan komennya mengenai Apandi mungkin benar selepas beliau tidak lagi menjadi peguam negara dan tidak adil untuk dikenakan pertuduhan tersebut.

Liputan sidang akhbar jadi jenayah?

Selepas mahkamah berehat sebentar, Edwin memberikan pembebasan di bawah Seksyen 254 (3).

Pelepasan tetapi tidak membebaskan daripada pertuduhan bermakna bahawa walaupun pendakwaan menggugurkan kes itu, pertuduhannya tidak dibatalkan.

Mengulas keputusan mahkamah, Gan berkata kes tersebut merupakan pendakwaan dengan niat jahat oleh bekas peguam negara dan pengguguran kes tersebut memang tepat.

"Jika ia dibicarakan, saya yakin hakim akan membuang kes ini.

"Bagaiamana Malaysiakini membuat liputan sidang akhbar boleh menjadi jenayah, khususnya orang yang membuat kenyataan terhadap bekas peguam negara tidak didakwa?

"Jelas sasaran sebenar adalah Malaysiakini dan ini sangat zalim dan merupakan cubaan terang-terangan untuk mengganggu wartawan Malaysiakini daripada melaporkan pesalah laku dan pihak yang bersubahat dalam skandal 1MDB.

"Saya harap tiada lagi tindakan sebegini digunakan terhadap wartawan di Malaysia," tegasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS