Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jomo jawab kritikan pada CEP
Diterbitkan:  Sep 23, 2018 10:05 PM
Dikemaskini: 2:09 PM

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) ditubuhkan untuk menasihati pentadbiran baru Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, CEP juga mengundang kontroversi, termasuklah kritikan daripada dalam HARAPAN mengenai kuasa dan peranan majlis tersebut.

Pakar ekonomi yang juga salah seorang ahli CEP, Jomo Kwame Sundaram menjawab kritikan berkenaan dalam format soal jawab.

Soalan: Kamu agak senyap semenjak dilantik menjadi anggota CEP?

Ya. Memandangkan semua spekulasi dan publisiti yang menimbulkan perbalahan, saya tidak merasakan ia berguna untuk menyimbah minyak ke dalam api. Seperti yang anda ketahui, mitos mengenai CEP berkembang dan segala macam perkara yang dikaitkan dengan CEP, sering kali salah.

... dan CEP yang sepatutnya menjadi aset kepada kerajaan, terutamanya kepada PM, kami (CEP) menjadi sasaran kritikan, termasuk daripada dalam gabungan HARAPAN, sebahagian besarnya disebabkan oleh salah faham dan silap tanggapan.

Saya fikir saya bercakap bagi semua anggota CEP bahawa jika PM memerlukan perkhidmatan kami, kami dengan senang hati akan berkhidmat dalam kapasiti individu kami dan moga-moga kurang menjadi bebanan kepada beliau.

Mengapa anda dilaporkan menentang penerbitan laporan CEP?

Pertama, menghasilkan satu laporan untuk penerbitan tidak ada dalam surat pelantikan atau pengumuman PM.

Tidak dinafikan, sesetengah badan lain pada masa lalu telah menerbitkan laporan selepas bekerja dalam masa yang lama. Penerbitan laporan ini dilihat oleh ramai pihak sebagai sandaran (precedent) kenapa laporan CEP itu perlu diterbitkan.

Bagaimanapun, ada laporan yang tidak didedahkan. Sebagai contoh, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak Husin selepas Mei 1969 tidak diterbitkan.

Tetapi laporan telah dikemukakan kepada PM?

Pengerusi CEP (Tun Daim Zainudin) telah menerima kritikan tertentu daripada pihak tertentu.

Saya tidak pasti apa yang anda maksudkan, tetapi hubungannya yang lama kepada PM tidak dapat dinafikan penting untuk penubuhan dan fungsi CEP serta sasaran teguran oleh pengkritik PM atau Daim.

Terdapat juga banyak kritikan mengenai kunjungannya ke China, tetapi sekali lagi, kritikan seperti itu pada pandangan saya, tidak diperlukan. Kerajaan menghantar utusan khas setiap masa untuk menangani perkara-perkara sensitif dengan berhati-hati.

Tetapi anda merupakan pengkritik pentadbiran Mahathir yang terdahulu?

Sesungguhnya saya kritikal terhadap beberapa aspek, tetapi jika anda membaca apa yang saya tulis, kritikan saya selalu bertujuan untuk memperbaiki dasar kerajaan, dan saya juga berkongsi aspirasi untuk negara, khususnya pembangunan, perindustrian, Wawasan 2020, nasionalisme ekonomi, pembinaan negara bangsa, juga apa yang dipanggil krisis kewangan Asia.

Oleh itu, adakah anda setuju atau menentang penerbitan laporan CEP itu?

Sebenarnya terserah kepada PM. Terdapat banyak pilihan, termasuk penerbitan sebahagian laporan sahaja.

Perlu diingat, terdapat beberapa perkara yang sangat sensitif, daripada segi kerahsiaan rasmi serta hal-hal lain yang mungkin sensitif melibatkan tingkah laku pasaran, hubungan diplomasi antarabangsa atau prosedur undang-undang.

Sebagai seseorang yang kritikal terhadap salah guna kerahsiaan pada masa lalu, saya juga harus mengakui bahawa terdapat perkara-perkara sensitif yang sah dan ketelusan yang sepenuhnya mungkin tidak selalu menjadi hal kepentingan awam.

Jadi, kamu tiada apa-apa hendak ditunjukkan selepas 11 hari CEP?

Berkhidmat demi kepentingan awam dan negara adalah keutamaan kami, bukan publisiti atau publikasi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS