Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rombongannya yang kini berada di New York, Amerika Syarikat tidak dihubungi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho.

Pembantu kepada perdana menteri mengesahkan kal ini.

"Semua pertemuan di sini berdasarkan permintaan oleh orang yang mahu bertemu beliau (Mahathir). Perdana menteri ada Wisma Putra untuk mengatur dan mengendalikannya.

"Apa yang kami tahu setakat ini, Low tidak pernah menghubungi kami di sini di New York," maklum pegawai media perdana menteri, Endie Shazlie kepada Malaysiakini.

Dalam suatu wawancara, pengarang bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Tom Wright mendakwa Low walaupun sedang menjadi buruan tetapi masih sempat menawarkan untuk "membantu kerajaan" dalam suatu pertemuan di AS.

Dr Mahathir mengetuai delegasi Malaysia hadir ke Perhimpunan Agung PBB yang ke 73 yang akan bermula esok dan berakhir Sabtu ini.

Perdana menteri dijadual bertemu Perdana Menteri UK Theresa May, Presiden Iran Hassan Rouhani, Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena, serta para pelabur dan usahawan AS.

Beliau juga akan hadir majlis anjuran JP Morgan dan New York’s Asia Society.

Kerajaan tak patut terima bantuan Jho Low

Sementara itu, pegawai khas kepada menteri kewangan, Anggota Parlimen Damansara Tony Pua yang ditemui pada majlis pelancaran buku Billion Dollar Whale di Kuala Lumpur menegaskan kerajaan tidak patut mempertimbangkan sebarang bantuan daripada Low.

"Sangat tak setuju. Malah tak akan pertimbangkan (bantuan Jho Low).

"Saya tak terkejut beliau cuba berunding dengan kerajaan. Dia seorang yang hendak menyelamatkan dirinya. Dia akan berbuat apa sahaja supaya dia tidak akan masuk penjara," kata Pua pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika majlis pelancaran buku itu, Wright berkata skandal 1MDB tidak akan terjadi tanpa Low.

"1MDB dan skandalnya itu tidak akan berlaku tanpa Low. Tetapi saya tidak fikir adalah betul (untuk mengatakan) buku itu membebaskan Najib daripada sebarang kesalahan. Dia ada di sana ... dan dia yang membolehkan Low (berbuat demikian).

"Tanpa Najib, tidak ada Low. Kerana Low memetik nama (bekas) PM pada setiap masa. Dia (Low) berkata 'PM mahu ini, bos besar mahu itu'. Begitulah cara Low beroperasi," jelas wartawan Wall Street Journal  berkenaan semasa sesi soal jawab.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS