Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rosmah tinggalkan bangunan SPRM lepas 12 jam disoal siasat

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pukul 10.40 malam selepas hampir 13 jam disoal siasat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan spekulasi yang mengatakan Rosmah akan didakwa esok.

"Tidak, (Rosmah tidak akan didakwa esok)," katanya melalui mesej kepada Malaysiakini.

Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Menurut sumber, Rosmah meminta soal siasat itu dilanjutkan pada hari sama agar beliau tidak perlu datang lagi selepas ini.

Rosmah yang kelihatan lesu dilihat melangkah keluar meninggalkan bangunan SPRM dan hanya berkata "Alhamdulillah, saya okey" apabila diminta memberikan ulasan.

Pada 5 Jun lalu, Rosmah disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini, media melaporkan, Rosmah dijangka berdepan hampir 20 tuduhan.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS