Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tak curi wang dari Pavilion Residence - Amar

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini mencabar penulis blog Raja Petra Kamarudin untuk kembali ke Malaysia dan membuat laporan susulan dakwaannya bahawa polis mencuri RM43.3 juta semasa serbuan di premis berkaitan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence.

Amar Singh berkata beliau tidak akan memberi perhatian kepada Raja Petra yang bertindak seperti seorang penulis upahan berbanding seorang wartawan penyiasat seperti yang didakwanya itu.

“Ini adalah dakwaan yang sangat tidak berasas, saya tidak akan berdiam diri dan menerima dakwaan yang dibuat terhadap polis.

“Jika beliau mempunyai maklumat, sila pulang ke Malaysia dan buat laporan polis, jangan hanya bersembunyi di alam maya, jadilah orang yang berani," kata Amar pada sidang akhbar di ibu pejabat CCID di  Kuala Lumpur, hari ini.

Amar mengulangi bahawa jumlah wang tunai dalam 26 mata wang yang dirampas dari Pavilion Residence pada bulan Mei lalu adalah RM114 juta.

"Saya ingin mengesahkan 100 peratus bahawa jumlah keseluruhan yang dirampas adalah RM114 juta dan dalam 26 mata wang," katanya.

Raja Petra dalam blognya mendakwa nilai rampasan dilakukan polis bernilai RM160 juta tetapi cuma mengisytiharkan nilai rampasan yang berkurangan sekali gus melenyapkan lebihan rampasan bernilai RM43.3 juta.

Menurut Amar, tidak logik polis berbuat demikian kerana lokasi di Pavillion Residences mempunyai ratusan kamera litar tertutup (CCTV) serta mempunyai satu pintu masuk sahaja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS