Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRK PD: Calon bebas tidak risau 'dermakan' depositnya

PRK PD | Calon Bebas Seck Lau Yan berdepan beberapa 'nama besar' dalam pilihan raya kecil Port Dickson, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tam Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Namun begitu, keadaan itu tidak membuat hatinya menjadi tawar untuk bertanding di situ.

"Saya berdepan dengan nama-nama besar dan berpengaruh. Tetapi bagi saya, tiada siapa yang lebih besar daripada yang lain. Kita sebenarnya sama saja.

"Saya tidak pernah risau.  Sebagaimana kata Buddha, jangan ada rasa takut dalam apa sahaja yang anda lakukan, selagi hati anda suci dan anda di jalan yang benar," Lau memberitahu Malaysiakini dalam satu temu bual di Port Dickson Waterfront.

Lau juga tidak terlalu khuatir tentang kemungkinan hilang wang deposit RM15,000 dalam PRK itu, sekiranya dia memperolehi kurang daripada satu perlapan jumlah undi.

"Kepada saya, adakah wang itu milik saya?. Saya seorang penganut Buddha, tiada apa-apa milik saya.

"Kerajaan kita memerlukan wang itu, ia hanya satu lagi sumbangan," kata calon itu yang menggunakan logo arnab dalam pilihan raya kecil itu.

Sejak penalonannya, pendidik berusia 51 tahun itu menerima mesej sokongan daripada rakan-rakan dan pelajar lama, yang menurutnya, telah membuat dupnya jauh lebih bermakna.

Bahkan ayahnya datang dari Seremban ke Port Dickson untuk memenyokong anak perempuannya.

"Ia begitu mengharukan. Orang tua ini, dia datang untuk memberikan sokongannya, jadi mengapa saya perlu bimbang tentang hilang deposit?" katanya.

"Dan apabila saya bertemu dengan orang ramai, saya dapat mendengar masalah mereka, saya boleh berhubung dengan mereka sebagai Ahli Parlimen, saya boleh melakukan lebih baik."

Menurut Lau, satu isu utama yang mahu ditanganinya ialah membuat kejutan dalam PRK itu dan terpilih untuk memanfaatkan potensi pelanconan di PD.

Kerajaan, katanya, belum membangunkan industri itu dengan berkesan, kerana ia tidak mempunyai "pelan bersepadu".

"Kita ada sumber yang begitu indah, tetapi kami tidak menggunakannya sepenuhnya.

"Kita sebenarnya boleh menjadi seperti Hat Yai di Thailand, tetapi lihatlah, di sini tiada apa yang ada pada waktu malam.

Tidak seperti enam lagi pesaingnya, Lau tidak mempunyai manifesto pilihan raya. Sebaliknya, apa yang dia ada adalah borang kosong untuk pengundi menyenaraikan isu yang mereka mahu ditangani.

Dengan cara ini, katanya, dia boleh menawarkan apa yang rakyat benar-benar mahu - bukannya seperti parti-parti politik yang menjanjikan macam-macam dalam manifesto mereka dan mencari alasan untuk tidak menunaikannya.

"Kenapa kita harus terus menipu rakyat? Saya tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat.

"Saya di sini ikhlas untuk membantu anda, itulah sebabnya saya berada di sini dengan borang ini, untuk anda memberitahu saya apa yang anda mahukan.

"Kemudian dari sini, saya akan tampil dengan manifesto saya," tegasnya.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Danyal Balagopal Abdullah mengosongkannya untuk memmberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, yang akan membolehkan Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Selain Anwar dan Isa, PEK itu menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada 13 Okt ini. Lau jua akan berdepan, antaranya, dengan calon PAS Mohd Nazri Mukhtar dan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan dan Kan Chee Yuen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS