Paling Popular
Terkini

PRK PD | Selepas dua kekalahan pilihan raya kecil (PRK) untuk BN selepas kehilangan kuasa di peringkat persekutuan, gabungan iu tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil di Port Dickson.

Secara umum, BN memetik protesnya untuk tidak menyertai PRK itu kerana menganggapnya sebagai satu "pembaziran".

Bagaimanapun, BN, dan khususnya kemungkinan kebimbangan Umno berdepan dengan satu lagi kekalahan, telah mendorong para penyokongnya untuk "mencuba" parti politik lain dalam PRK Port Dickson.

Walaupun Parlimen Port Dickson disandang oleh PKR sejak tahun 2008, dua daripda lima DUN di situ adalah kubu kuat BN yang kekal bersama gabungan iu walaupun ia kalah di Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Kerusi DUN itu adalah Linggi dan Bagan Pinang di selatan Port Dickson.

Beberapa penyokong BN di Bagan Pinang dan Linggi telah menyatakan bahawa mereka akan menyokong menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, walaupun beliau telah keluar Umno untuk bertanding sebagai bebas.

Bagaimanapun, penyokong BN yang lain di situ berkata dengan ketiadaan Umno bertanding, mereka mungkin kini boleh mempertimbangkan Pakatan Harapan.

Ini ekoran tanggapan yang tersemai di kalangan pengundi di kawasan luar bandar, yang percaya mereka hanya akan dibantu jika mereka menyokong parti pemerintah.

"Seperti saya, saya masih menyokong Umno tetapi kita perlu menerima realiti pilihan rakyat, HARAPAN telah memenangi (kuasa persekutuan) jadi kami perlu menyokong mereka.

"Saya harap kerajaan baru akan membantu pedagang kecil di Bagan Pinang sepertimana kerajaan lama," kata peniaga berusia 49 tahun, Sabri Yusof.

Bagi Sabri, pilihannya adalah antara bekas menteri besar NS itu dan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang lagi pengundi tempatan, seorang nelayan berusia 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, juga mengaku bahawa dia adalah penyokong lama BN tetapi kini menerokai parti lain.

"Kami sudah biasa dengan BN, tetapi tidak lagi. Kami kini pengundi atas pagar," katanya.

Ahmad berkata beliau telah menghadiri salah satu ceramah Anwar untuk "mendengarnya" tetapi berkata beliau mungkin tidak menghadiri ceramah Isa kerana sebagai penduduk tempatan, mereka sudah biasa dengannya.

Dengan HARAPAN sebagai penyandang, dan dengan sikap terbuka penyokong BN kini membuka peluang terhadap pakatan itu dan jika HARAAPAN berjaya memanfaatkannya, ia akan dapat terus mengikis asas BN yang kebal sebelum ini.

Sokongan tegar Umno

Untuk penyokong tegar Umno yang lain yang tidak mahu menyokong HARAPAN, undi mereka mungkin akan pergi kepada Isa.

"Sudah tentu Umno, itu wajib," kata Hassan Maswadi, 65 tahun, ketika ditanya siapa dia undi dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad itu berkata beliau akan menyokong Isa kerana Umno tidak bertanding di situ.

"Kami masih menyokong Umno tetapi memandangkan Umno tidak ada calon,jadi kami akan menyokong calon bebas," kata pegawai keselamatan berusia 53 tahun, Azhar Salleh.

Walaupun sokongn akar umbi untuk Isa dilihat kuat di Port Dickson, terutamanya di selatan, namun ada juga yang berbelah bagi mengenainya.

Sesetengah pengundi mengadu bahawa dia hanya membantu penyokongnya ketika dia menjadi MB dari 1982 hingga 2004 manakala yang lainnya membangkitkan skandal raasuah ketika dia menerajui Felda.

"Dia mempunyai banyak isu ... isu Felda tidak pernah berakhir," kata seorang peniaga berusia 64 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Arif.

Arif adalah penyokong lama Umno tetapi memutuskan untuk mengundi HARAPAN pada pilihan raya umum yang lalu. Beliau juga percaya bahawa pakatan itu akan menang lagi dalam pilihan raya itu.

Memasuki hari kelima kempen, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya 10 acara di Bagan Pinang dan Linggi manakala Isa menghadiri lapan.

Sebaliknya, PAS hanya mengadakan empat acara di kawasan tersebut.

"Pengaruh Isa dapat menjejaskan Anwar lebih daripada PAS.

"PAS tidak popular di sini," kata ahli perniagaan tempatan berusia 48 tahun, Azrul Zainuddin.

PAS, yang pada mulanya dianggap sebagai pencabar kuat Anwar, dilihat bersusah payah berusaha untuk menjalankan kempennya.

Parti ini secara tradisinya lemah di selatan Semenanjung Malaysia dan bertambah lemah lagi apabila parti serpihan AMANAH ditubuhkan.

PAS mencalonkan Mohd Nazari Mokhtar, bekas pegawai tentera bersara, yang berasal dari Johor.

Calon yang lain dalam pertarungan tujuh penjuru adalah calon Bebas Mohd Saiful Azlan Bukhari, Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen dan Lau Seck Yan.

MIC yang secara tradisinya bertanding di kerusi Port Dickson tidak bertanding dalam PRK ini.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS