Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Britain tuduh perisikan tentera Rusia di belakang serangan siber
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 10:22 AM
Dikemaskini: 2:28 AM

Britain menuduh perisikan tentera Rusia mengarahkan pelbagai serangan siber untuk melemahkan demokrasi Barat dengan menyemai kekeliruan dalam segala hal, dari sukan ke pengangkutan dan pilihan raya presiden AS 2016.

Dalam penilaian Britain yang berasaskan kepada penyelidikan Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC), perisikan tentera Rusia (GRU) adalah penyerang jenayah siber yang menggunakan rangkaian penggodam untuk menyebarkan kekeliruan di seluruh dunia.

GRU, kata Britain, hampir pasti di belakang BadRabbit dan World Anti-Doping Agency serangan 2017, penggodaman Jawatankuasa Nasional Demokrat (DNC) pada 2016 dan kecurian e-mel daripada stesen TV yang berpangkalan di UK pada tahun 2015.

"Tindakan GRU adalah melulu dan sembarangan: mereka cuba melemahkan dan campur tangan dalam pilihan raya negara lain," kata Setiausaha Luar Negara Britain Jeremy Hunt di London hari ini.

"Mesej kami jelas - bersama dengan sekutu kami, kami akan mendedahkan dan bertindak balas terhadap cubaan GRU untuk melemahkan kestabilan antarabangsa," kata Hunt. Britain percaya kerajaan Rusia bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Walaupun kurang dikenali selain KGB, perkhidmatan perisikan tentera Rusia memainkan peranan utama dalam beberapa peristiwa terbesar abad lalu, dari krisis peluru berpandu Kuba ke penggabungan Crimea.

Kuasa siber Rusia?

GRU, yang bermaksud Direktorat Perisikan Utama, telah dirubah secara rasmi pada tahun 2010 kepada Direktorat Utama Kakitangan Am (atau hanya GU). Akronim lama - GRU - masih digunakan secara meluas.

Ia mempunyai ejen di seluruh dunia dan menjawab terus kepada ketua kakitangan umum dan menteri pertahanan Rusia. GRU tidak mengulas tindakannya. Strukturnya, bilangan kakitangan dan pembiayaan adalah rahsia negara Rusia.

GRU mengesan sejarahnya kembali ke zaman Ivan the Terrible, walaupun ia ditubuhkan sebagai Direktorat Pendaftaran pada 1918 seleas Revolusi Bolshevik. Vladimir Lenin menegaskan kemerdekaannya daripada perkhidmatan rahsia lain.

Perdana Menteri Britain, Theresa May (gambar) berkata pegawai GRU menggunakan ejen saraf untuk cuba membunuh ejen dua Sergei Skripal, yang ditemui tidak sedarkan diri di bandar Salisbury pada bulan Mac. Rusia telah berulang kali menafikan tuduhan itu.

Selepas keracunan Skripal, Barat setuju dengan penilaian Britain terhadap perisikan tentera Rusia telah dipersalahkan dan melancarkan pengusiran terbesar perisik Rusia di bawah tindakan diplomatik sejak keuncak Perang Dingin.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, juga bekas pengawal KGB, berkata pada hari Rabu bahawa Skripal, seorang pegawai GRP yang telah mengkhianati berpuluh-puluh agen kepada perkhdmatan risikan luar M16 Britain, adalah seorang 'bajingan' yang mengkhianati Russia.

Britain berkata GRU bersekongkol denan penggodam termasuk APT 28, Fancy Bear, Sofacy, Pawnstorm, Sednit, CyberCaliphate, Cyber Berkut, Voodoo Bear and BlackEnergy Actors.

"Corak tingkah laku ini menunjukkan keinginan mereka untuk beroperasi tanpa menghormati undang-undang antarabangsa atau norma-norma yang diterima dan berbuat demikian dengan rasa tidak sah dan tanpa akibat," kata Setiausaha Luar Hunt.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap pegawai GRU, termasuk ketuanya Igor Korobov, pada 2016 dan 2018 kerana cuba campurtangan dalam pilihanraya AS 2016 dan serangan siber.

"Direktorat Perisikan utama(GRU), sebuah organisasi perisikan tentera Rusia, dengan disedarinya terlibat dalam aktiviti penting yang menjejaskan keselamatan siber bagi pihak kerajaan Rusia," kata Perbendaharaan AS pada bulan Mac.

[Baca berita penuh]

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS