Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Misteri pembunuhan Morais, Altantuya: K'jaan digesa tubuh siasatan khas
Diterbitkan:  Oct 5, 2018 5:07 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menyelesaikan beberapa kes kematian yang penuh misteri.

Beliau berkata ini termasuklah membuka semula kes dan penubuhan suatu pasukan siasatan khas.

Menurut Kit SIang yang juga Anggota Parlimen Iskandar Puteri, perbicaraan kes bunuh tertentu menunjukkan terdapat beberapa hal yang belum diselesaikan dan menjadi tanda tanya.

"Kematian misteri itu termasuklah yang berkaitan dengan penyiasatan 1MDB, seperti pembunuhan pengasas AmBank, pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kematian bekas pembantu ADUN DAP, Teoh Beng Hock," dakwa beliau dalam suatu kenyataan hari ini.

Minat terhadap perbicaraan kes bunuh Morais kembali mendapat perhatian selepas salah seorang tertuduh memberitahu mahkamah beliau ditawarkan RM3.5 juta melalui pegawai penjara dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengaku salah.

Bernama agak nakal

Najib dalam maklum balasnya mendakwa laporan pertubuhan berita nasional sebagai "mengarut... editorial Bernama juga agak nakal dengan menggunakan tajuk sensasi ala tabloid."

Beliau juga menggesa tertuduh, S Ravi Chandaran untuk menamakan pegawai penjara berkenaan atau berhadapan tuduhan berbohong kepada mahkamah jika tertuduh gagal berbuat demikian.

Morais telah diculik pada 4 September 2015 dan kemudian mayatnya ditemui disimen di dalam tong drum. Tujuh individu kini dibicarakan atas tuduhan membunuh Morais.

Mengenai pembunuhan Altantuya dan Hussain pada tahun 2007 dan 2013, mahkamah telah menghukum pembunuh tetapi tidak berjaya mengemukakan motif pembunuhan itu

Teoh meninggal dunia pada 2009 selepas disoal siasat SPRM Selangor. Walaupun Suruhanjaya Siasatan Diraja telah memutuskan bahawa beliau membunuh diri, keluarga Teoh tetap tidak yakin dengan rumusan berkenaan.

Lihat Komen
ADS