Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Pekerja yang terlibat dalam projek bawah tanah bagi Transit Aliran Massa 2 (MRT2) yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bimbang mengenai masa depan mereka dalam projek berkenaan.

Muadh Mohd Nazlee, seorang daripada jurutera projek yang terjejas berkata, setakat ini MRT Corporation tidak mengeluarkan apa-apa arahan rasmi bagi menghentikan kerja di projek berkenaan.

"Kami tidak tahu sama ada untuk meneruskan kerja atau berhenti. Apa yang kami tahu ialah kami perlu bersedia untuk menghadapi sesuatu yang sukar dan kami semua perlu mencari kerja di tempat lain," katanya kepada Bernama.

Pada Ahad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kabinet telah memutuskan untuk menamatkan kontrak MMC-Gamuda dalam membina bahagian bawah tanah projek MRT 2, sambil menambah bahawa kerja yang belum selesai akan ditender semula melalui proses tender terbuka antarabangsa.

Lim berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada langkah penjimatan kos kerana kerajaan akan menjimatkan RMM5.22 bilion atau 23 peratus daripada kos pembinaan MRT 2.

Bagaimanapun, MMC-Gamuda berkata, kira-kira 20,000 kakitangan daripada rantaian bekalan lebih 600 syarikat Malaysia akan kehilangan pekerjaan berikutan penamatan itu, termasuk lebih 3,000 pekerja syarikat usaha sama MMC-Gamuda, yang mana lebih daripada 60 peratus adalah Bumiputera.

Keputusan terlalu cepat

Muadh berkata, pihaknya tidak menjangka langsung keputusan tersebut dan berharap kerajaan akan mempertimbangkannya semula.

"Ia secara tiba-tiba, terlalu cepat. Pengumuman itu dibuat pada Ahad dan sekarang kami dibiarkan terawang-awang," katanya.

Menurutnya, pekerja sepenuh masa bukanlah satu-satunya yang terjejas kerana mereka yang berada di bawah Akademi Latihan Terowong (TTA) yang ditubuhkan MMC-Gamuda untuk melatih bakat tempatan untuk menjalankan kerja pembinaan berkemahiran tinggi juga terjejas.

"Adalah jelas bahawa setiap orang bimbang mengenai masa depan mereka. Mereka adalah orang yang rajin dan semua pekerja TTA adalah penduduk tempatan.

"Bayangkan jika kami diketepi daripada menjadi kontraktor utama, adakah semua kerja keras yang dilakukan mereka untuk membina masa depan akan sia-sia?" tanya beliau.

- Bernama

Lihat Komen
ADS