Malaysiakini
BERITA

Tony Pua: Khazanah, PNB akan kaji semula dan cairkan aset tak strategik

Annabelle Lee

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Okt 2018, 12:49 tengahari

Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengkaji semula dan mencairkan beberapa "aset yang tidak strategik" sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua.

"Akan ada kajian semua (aset yang dimiliki GLC). Khazanah, yang merupakan salah satu pemegang saham terbesar dalam GLC, dan PNB akan mengkaji semula kepentingan mereka.

"Dan mungkin bagi pegangan bukan teras dan aset yang dianggap tidak strategik kepada kerajaan, aset-aset berkenaan akan diteliti jika kita boleh manfaatkan nilainya," katanya.

Bercakap sebagai panel di program Malaysia, A New Dawn di Kuala Lumpur hari ini, Pua menyatakan harapan agar sektor swasta akan membantu memastikan pelaksanaan rasionalisasi mencapai objektif.

"Kita akan bekerjasama dengan sektor swasta tentang bagaimana aset ini dapat dikorporatkan dan dicairkan secara tersusun.

"Kami harap dapat melakukan dua perkara - mewujudkan penyertaan yang lebih daripada sektor swasta dalam ekonomi negara, dan mengumpul banyak dana untuk kerajaan bayar hutang," katanya.

Ketika ditemui selepas program itu, Pua menjelaskan bahawa Khazanah dan PNB boleh menentukan aset yang mereka mahu cairkan.

"Aset-aset berkenaan di bawah mereka, jadi mereka berkuasa, mereka akan mendapat mandat dan putuskan tentang dasar," katanya kepada media.

Anggota parlimen DAP itu juga menambah bahawa Kementerian Kewangan belum menetapkan sebarang sasaran bagi pelaksanaan itu, namun Khazanah dan PNB akan memaklumkan kementerian itu setelah apabila kedua-duanya sudah bersedia.

Pua bagaimanapun menegaskan, dia tidak dapat mendedahkan butiran perbincangan yang sedang berlangsung dengan syarikat berkaitan kerajaan itu.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.