100 NGO Melayu gesa kjaan ajar Matematik, Sains dalam BM
Kongres Kepentingan Bangsa yang dihadiri oleh 1,000 orang Melayu yang mewakili 100 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menggesa kerajaan mengguna semula Bahasa Malaysia (BM) sebagai pengantar pengajaran Matematik dan Sains, mengembalikan bantuan sekolah agama rakyat ISAR) dan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Kongres Kepentingan Bangsa yang dihadiri oleh 1,000 orang Melayu yang mewakili 100 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menggesa kerajaan mengguna semula Bahasa Malaysia (BM) sebagai pengantar pengajaran Matematik dan Sains, mengembalikan bantuan sekolah agama rakyat ISAR) dan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Gesaan tersebut adalah antara 29 resolui pendidikan, ekonomi dan sosiobudaya yang diluluskan dalam kongres selama dua hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur yang berakhir semalan.
Resolusi itu dibahagikan kepada tiga kategori ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya. Ia dihasilkan daripada perbincangan membabitkan bijak pandai Melayu selama dua hari di Universiti teknologi Malaysia (UTM) kuala Lumpur.
Kongres itu meluluskan lapan resolusi ekonomi, tujuh resolusi pendidikan dan 14 resolusi sosiobudaya.
Selain itu, resolusi ekonomi antaranya meminta supaya dipertahankan tanah rezab Melayu, manakala NGO Melayu pula perlu menubuhkan koperasi dan mendesak Petronas memperbanyakkan usahawan Melayu dalam industri minyak dan gas.
Resolusi sosiobudaya pula antaranya membabitkan penubuhan pasukan peguam Melayu untuk mengkaji dan membela pelanggaran hak orang Melayu, mendesak kerajaan mengamalkan demokrasi tulen dan menangani masalah kebejatan sosial secara bersungguh
dan serius.
Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi Kongres Kepentingan Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah selepas menerima resolusi itu dari pengerusi jawatankuasa resolusi, Mohd Nor Manuty.
'Orang Melayu tidak dibantu'
Dalam kongres tersebut, tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang, mengadakan perbincangan mengenai sektor ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya untuk dilaksanakan bagi mempertahankan hak-hak Melayu.
Tengku Razaleigh dalam ucapan penggulungan berkata, beliau sedih kerana kerajaan tiodak membantu orang Melayu walaupun mempunyai kuasa dan berkemampuan berbuat demikian.
"Sebab itu, masalah orang Melayu tidak selesai kerana mereka yang sepatutnya mengatasinya tidak berbuat demikian," katanya.
Sekretariat kongres, katanya akan meneliti resolusi ini sebelum diambil tindakan susulan, termasuk dimajukan kepada kerajaan.
Beliau berkata, adalah lebih baik resolusi itu dilaksanakan sendiri oleh NGO Melayu kerana sudah sampai masanya penggantungan kepada kerajaan dihentikan.
Sementara itu dalam sidang pleno sebelum itu, bekas pengerusi kumpulan Guthrie Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tanah rezab elayu perlu dimajukan kerana ia menjadi sumber ekonomi yang besar kepada kaum itu.
"Ia boleh dimajukan melalui wang pelaburan seperti yang dilakukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu menggunakan wang orang Melayu sendiri," katanya.
Tanah Melayu semakin pupus
Beliau juga meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membuka ruang yang luas kepada usahawan Melayu untuk menjadi uysahawan dalam bidang berkaitan.
Sebelum itu dalam sesi soal jawab, Presiden Tanah Rezab Melayu Kuala Lumpur, Nadirah Abas mendakwa, tanah orang Melayu di bandar besar, terutam di ibu negara semakin pupus kerana diambil untuk pembangunan.
"Ia banyak berlaku di kawasan Gombak, kawasan di mana terdapat paling ramai orang Melayu di ibu negara. Simbol ketuanan Melayu semakin pupus kerana pihak yang mengambilnya tidak menggantikannya," katanya.
Beliau berkata, orang Melayu yang menentangnya dianggap sebagai menentang pembangunan dan ini menyebabkan mereka hanya membiarkan sahaja.
Katanya, ia tidak berlaku kepada orang Cina kerana kaum itu bersatu padu menyebabkan pihak berkenaan tidak mengambil tanah mereka.
Beliau mendakwa, nasib orang Melayu kini sama seperti kaum Red Indian di Amerika Syarikat.
Beliau berkata, tanah rezab Melayu perlu terjamin kerana menurutnya orang Melayu yang paling awal meneroka Kuala Lumpur dan bukannya Yap Ah Loy seperti yang didakwa.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.