Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PM akui manifesto HARAPAN 'beban besar'
Diterbitkan:  Oct 12, 2018 12:24 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa manifesto Pakatan Harapan yang dibuat pada pilihan raya umum ke-14 merupakan beban yang besar buat kerajaan hari ini.

Katanya, ini kerana semasa merangka dokumen setebal 195 halaman itu, iaitu ikrar untuk melaksanakan 10 janji dalam 100 hari pertama dan 60 lagi dalam tempoh lima tahun akan datang dibuat dengan memikirkan bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan.

"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan.

“Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar,” katanya kepada Bernama dan RTM pada akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam.

Mahathir juga mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto HARAPAN. Malah, katanya, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Sebulan sebelum pilihan raya umum 9 Mei, Mahathir, yang juga adalah pengerusi HARAPAN, dilaporkan berkata bahawa jika gabungan pembangkang membentuk kerajaan, mereka akan menamatkan kutipan tol di seluruh negara secara berperingkat.

Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol," katanya sambil menambah bayaran tol akan dihapuskan mengikut kontrak dengan syarikat konsesi.

Pada Julai lalu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian meminta orang ramai supaya bersabar berhubung janji HARAPAN untuk menghapuskan kutipan tol.

Katanya, kerajaan sedang berusaha keras untuk memenuhi janji-janji dalam manifesto PRU14 dan apa yang telah dijanjikan akan ditunaikan. Namun, katanya, perkara itu tidak boleh tergesa-gesa kerana terdapat pelbagai isu yang perlu dipertimbangkan.

Lihat Komen
ADS