Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sekatan Orang Asli diroboh 3 kali dalam tempoh 4 hari

Pihak berkuasa telah memusnahkan sekatan yang dibuat masyarakat Temiar di Gua Musang, Kelantan tiga kali sejak beberapa hari lalu, kata Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along.

"Jabatan Perhutanan, polis dan pihak berkuasa tanah, mereka datang dan musnahkan penghadang kami sebanyak tiga kali," kata Mustafa kepada Malaysiakini hari ini.

Kejadian yang terbaru, katanya, terjadi pada pukul 11 pagi hari ini dengan pihak berkuasa meruntuhkan penghadang yang dibina masyarakat Temiar menggunakan jentolak.

Salah seorang lagi anggota masyarakat itu, Abang Jabeng, berkata dua kejadian serupa sebelum ini terjadi pada Ahad dan Isnin lalu.

Tindakan pihak berkuasa itu, katanya, menyebabkan dia dan anggota masyarakatnya yang lain tidak mempunyai banyak cara lain untuk mempertahankan tanah mereka.

"Kami perlu berbincang tentang langkah seterusnya," katanya.

Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa ketika aktif dalam menghalang pembalak, pelombong dan pekerja syarikat perladangan daripada memasuki kawasan tanah nenek moyang mereka.

Pada tahun ini saja, aktivis Temiar telah membina tiga sekatan sejak 15 Feb.

Sebuah syarikat penanaman durian sebelum ini memfailkan saman ke atas Mustafa berhubung sekatan yang dibina di kawasan itu dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 28 Okt.

Syarikat perladangan sebelum ini mendakwa pihaknya merupakan mangsa "sekatan haram" dan merayu perdana menteri masuk campur dalam hal itu.

Pihak berkuasa Kelantan setakat ini dilihat tidak endah dengan nasib masyarakat Temiar dengan mendakwa mereka tidak berhak ke atas tanah berkenaan.

Masyarakat Temiar juga sebelum ini pernah mengajukan isu yang mereka hadapi kepada perdana menteri namun diberitahu bahawa kerajaan persekutuan tidak dapat masuk campur kerana hal-hal berkaitan tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Kejadian terbaru itu terjadi meskipun kerajaan persekutuan dan negeri pada Sept lalu berkata kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertikaian isu itu telah mencapai penyelesaian berdasarkan keputusan mahkamah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS