Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DOJ maklumkan mahkamah AS pemilikan sah Malaysia ke atas Equanimity
Diterbitkan:  Oct 20, 2018 9:33 AM
Dikemaskini: 1:37 AM

Jabatan Kehakiman AS menulis semalam kepada Mahkamah Rayuan AS untuk memaklumkan pemilikan sah kerajaan Malaysia ke atas kapal layar mewah Equanimity.

Ini beberapa jam selpas 1MDB memperolehi kehakiman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Menurut laporan akhbar yang dikeluarkan hari ini, mahkamah Malaysia hanya mengeluarkan penghakiman terhadap M / Y Equanimity, yang merupakan defendan rem dalam isu rayuan ini.

"Berdasarkan penghakiman ini, Equanimity kini menjadi milik kerajaan Malaysia.

"Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai hak penjagaan fizikal Equanimity dan pemilikan sah di segi undang-undang ke atas Equanimity dengan pengoperasian undang-undang Malaysia," bunyi surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

DOJ sebelum ini memohon kepada Mahkamah AS untuk merampas Equanimity dengan alasan bahawa ia telah diperoleh oleh ahli perniagaan Low Taek Jho menggunakan dana dari 1MDB yang melalui pengubahan melalui sistem kewangan AS.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI), bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia, telah merampa kapal layar itu di pantai Bali.

Bagaimanapun, DOJ menangguhkan tindakan untuk merampas itu selepas Indonesia memutuskan untuk menyerahkannya kepada Malaysia.

Sekiranya DOJ meneruskannya, jabatan itu bagaimanapun, akan memulangkan hasil dari rempaan itu kepada Malaysia, tetapi ini akan tertakluk kepada bayaan fi yang besar.

"Penghakiman yang memberi Malaysia hakmilik sah ke atas Equanimity mengesahkan bahawa rayuan ini belum masak untuk keputusan," kata DOJ dalam suratnya kepada Mahkamah Rayuan AS.

1MDB telah menuntut Equanimity dengan alasan bahawa kapal layar itu diperoleh menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat penghakiman iu selepas tiada siapa yang tampil mencabar tuntutan tersebut.

Low, lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan AS$250 juta (RM1.04 bilion) yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB untuk membeli kapal layar itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS