Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Hak bumiputera, kaum lain tak terjejas dengan konvensyen antiperkauman PBB'

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukan istimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (Icerd) PBB, kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph.

Beliau berkata, ini kerana Perkara 153 juga menyatakan peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang melindungi semua warganegara.

Klausa 1 Perkara 153 menyatakan "menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."

"Keabsahan komuniti lain dinyatakan dalam ayat yang sama, jadi tiada pilihan yang pelbagai di sini, anda tidak boleh menjaga satu (komuniti) dan mengabaikan yang lain," katanya dalam program Persidangan Tanpa-Diskriminasi Kebangsaan ke-8 anjuran NGO Pusat Komas di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di Parlimen minggu lalu tentang bagaimana langkah menandatangani Icerd akan menjejaskan Perkara 153.

Jospeh berkata beliau kecewa dengan Khairy dan menyifatkan bekas menteri itu patut memberikan penyelesaian tentang perkara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berikrar akan menandatangani semua konvensyen hak asasi manusia PBB yang belum ditandatangani Malaysia.

Lihat Komen
ADS