Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Amal rasuah, curi duit rakyat bala turun tak - Syed Saddiq
Diterbitkan:  Oct 23, 2018 4:58 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Adakah bala akan turun jika mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan pihak yang mencuri wang rakyat, begitu pertanyaan yang dilontarkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak ?

"Di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dah 12 orang ditahan oleh SPRM. Dalam Umno saja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan," kata anggota parlimen Muar itu dalam suatu ciapan di Twitter hari ini yang dipercayai menempelak kenyataan presiden Umno.

Hantaran Syed Saddiq itu disertai pautan berita Malaysiakini mengenai kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini berpunca daripada pembabitan sesetengah orang dalam aktiviti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).

Menurut Zahid dikhabarkan perbuatan lebih seribu orang LGBT telah menyebabkan kemurkaan Allah.

Mengaitkannya dengan situasi di Malaysia anggota parlimen Bagan Datuk itu berkata kejadian gempa bumi di kawasan tersebut adalah petanda bahawa Allah menurunkan hukuman-Nya.

"Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami.

"Dikhabarkan terdapat lebih daripada seribu di kalangan mereka terlibat dalam aktiviti yang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah," kata Zahid lagi.

Lihat Komen
ADS