Mahkamah perintah Moorthy dikebumi secara Islam
Mahkamah Syriah Kuala Lumpur hari ini memerintahkan jenazah pendaki Gung Everest, Koperal M. Moorthy yang kini menjadi rbutan antara kelurganya dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dikebumikan mengikut syriat Islam.
Hakim Mukhyidin Ibrahim yang mendengar permohonan MAIWP untuk mengebumikan Moorthy atau nama Islamnya, Mohamad Bin Abdullah secara Islam telah membenarkan permohonan tersebut setelah berpuas hati dengan bukti-bukti yang menunjukkan allahyarham telah memeluk Islam.
Beliau membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 91 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Dalam penghakimannya, Mukhyidin membuat tiga keputusan iaitu; Moorthy adalah beragama Islam; Dia hendaklah dikebumikan mengikut syariat Islam; Dan mana-mana pihak yang menjaga mayatnya hendaklah membantu melaksanakan syriat .
Beliau juga meminta pihak polis memberi kerjasama untuk melaksanakan perintah ini.
Permohonan MAIWP dibuat oleh Setiausahanya, Che Mat Che Ali. Beliau diwakili oleh peguam, Fakrul Azman.
Di dalam permohonannya, Che Mat menyatakan Moorthy telah memeluk Islam pada 11 Oktober 2004 di Unit Korc Agama Angkatan Tentera (kagat), Kementerian Pertahanan dengan disaksikan dua orang saksi.
Allahyarham kemudian mendaftarkan semula pengislamamnya di Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) pada 8 Mac lalu.
Rebutan keluarga
Sementara itu sumber Jawi memberitahu, allahyarham mungkin dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Koperasi Polis, tapak untuk orang Islam yang tidak berwaris.
Kekecohan mengenai status agama pendaki Gunung Everest itu terjadi apabila
mayatnya menjadi rebutan antara keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mendakwa Moorthy telah memeluk agama Islam sejak 8 Mac lalu dengan menggunakan nama Mohammad Bin Abdullah.
Pada masa sama, keluarganya tetap mengatakan Moorthy masih beragama asal iaitu Hindu. Moorthy meninggal dunia akibat penyakit cervical sick selepas terjatuh ketika latihan somersault di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998.
Beliau kemudian lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Moorthy kemudian terjatuh dari kerusi roda sebulan yang lalu, menyebabkan dia koma. Moorty meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).