Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
JPP: Pelekat di 'cai' punca amaran terhadap Xavier

PEMILIHAN PKR | Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar menerima surat amaran selepas ada pelekat imejnya di senarai calon, atau biasa dipanggil sebagai 'cai'.

Setiausaha JPP Ismail Yusop berkata, ada bukti ia berlaku walaupun tidak jelas sama ada Jayakumar sendiri bertanggungjawab terhadap perkara itu.

"Ini bukan soal dia buat (atau tidak). Gambarnya ditampal di atas (gambar) orang lain dan aduan dibuat.

"Kalau dia tidak buat, tentu ejennya yang buat, bukan?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ia bagi meminta penjelasan berhubung sebab Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin mengeluarkan surat amaran kepada Jayakumar dan dua lagi calon pemilihan PKR.

Dalam beberapa minggu ini, Malaysiakini mendapati senarai calon - biasanya dirujuk sebagai 'cai' (perkataan bahasa Cina bermaksud 'menu') - telah diubah dengan menggunakan pelekat yang memaparkan imej calon.

Senarai itu disebarkan oleh kem-kem berbeza ketika hari mengundi untuk membantu anggota memilih mereka yang bersekutu dengan kem tertentu.

Aduan terhadap Jayakumar dibuat di Kedah. Pemilihan peringkat negeri itu dibuat pada 22 September lalu walaupun keputusannya dibatalkan kerana masalah teknikal.

Selain beliau, turut diberi amaran adalah calon ketua pemuda Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan calon anggota majlis kepimpinan pusat June Leow Hsiad Hui.

Tidak terima surat

Jayakumar semalam mendakwa beliau tidak tahu tentang dakwaan terhadapnya, tidak diberi peluang untuk membela diri dan juga tidak menerima surat amaran tersebut.

Beliau yang juga menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mendakwa dirinya menjadi mangsa pembunuhan karakter.

Pemilihan PKR diadakan setiap hujung minggu bermula 22 September lalu dan dijangka selesai pada 10 November ini.

Berhubung sebab amaran terhadap Akmal dan leow, Ismail berkata kedua-duanya melanggar peraturan pemilihan dengan berada di tempat mengundi.

Beliau berkata ada rakaman kejadian sebagai bukti. "Ia sangat jelas," kata Ismail.

Ismail berkata ketiga-tiganya belum menerima surat amaran kerana jawatankuasa terlalu sibuk dengan pemilihan pada minggu lalu, walaupun surat telah disediakan pada Jumaat.

"Mereka tidak ingat untuk hantar surat itu. Ia ditandangani oleh (pengerusi JPP) Rashid Din dan bukan (ketua jawatankuasa disiplin) Syed Husin Ali. Surat sudah tersedia," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS