Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak tuntutan Hasanah isu hak dapatkan nasihat peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpuh hari ini mengisytiharkan Seksyen 28A(8) dan 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah sebagai sah di sisi undang-undang, dan kedua-dua subseksyen itu tidak mencabul hak Datuk Hasanah Abdul Hamid untuk mendapatkan peguam ketika dalam reman.

Seksyen 28A(8) dan (9) kanun itu memberikan pihak berkuasa yang menyiasat kuasa untuk menafikan tertuduh hak mendapat nasihat peguam.

Hasanah yang merupakan bekas ketua pengarah ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 28 Ogos lalu berhubung siasatan terhadap kehilangan jutaan ringgit dana yang diperuntukkan untuk PRU ke-14.

Beliau direman lima hari keesokannya.

Pada 30 Ogos, Hasanah memfailkan saman terhadap SPRM kerana menggunakan seksyen 28A(8) dan (9) dalam notis yang dikeluarkannya.

Hakim Datuk Nordin Hassan berkata hak untuk individu yang dituduh untuk mendapatkan peguam terhapus apabila dia ditahan.

Memetik satu kes Mahkamah Persekutuan, Nordin berkata hak itu boleh digunakan ketika penahanan, tetapi bukan sebaik selepas seseorang itu ditahan.

Katanya, mahkamah terikat dengan prinsip stare decisis (untuk berpegang kepada perkara yang telah diputuskan) berkenaan dengan kes Mahkamah Persekutuan itu.

"Saya dapati dalam kes ini dua seksyen itu tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang sa, dan tidak melanggar hak individu yang ditahan," katanya.

Peguam yang mewakili Hasanah hari ini adalah Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

SPRM pula diwakili timbalan pendakwa Norzilati Izhani Zainal @ Zainol.

Shaharudin berkata pihaknya akan memfailkan rayuan.

"Saya akan sahut cabaran Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum bahawa perlu ada penghakiman 'yang menentang' dalam hal berkaitan hak asasi manusia.

"Hujah kami bahawa sepanjang reman enam hari, anak guam kami dinafikan hak diwakili peguam ketika keterangannya diambil...Saya juga akan bangkitkan perkara ini ketika perbicaraan nanti," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS