Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib sekali lagi tegaskan tak pernah kenal Altantuya
Diterbitkan:  Oct 27, 2018 2:10 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu wawancara dengan Al Jazeera yang disiarkan pagi ini, sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak pernah mengenali wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu atau mengetahui kewujudannya.

"Saya benar-benar tidak bersalah dalam kes Altantuya. Sehingga hari ini, tidak ada bukti yang menunjukkan saya terlibat kerana saya tidak tahu.

"Tidak pernah bertemu dengannya, tidak pernah melihatnya dan tidak pernah tahu kewujudannya," katanya dalam wawancara dalam program 101 East Al Jazeera.

Semasa menjawab soalan ini Najib menggelar Mary Ann Joley yang mengendalikan wawancara itu sebagai 'pengacau'.

Aljazeera, dalam satu wawancara semalam, mendedahkan bahawa Najib berkata beliau tidak menyesal apabila Mary Ann Joley diusir daripada negara ini pada 2015 dan mendakwanya mereka-reka cerita.

Dalam wawancara yang disiarkan pagi ini, Jolley menegaskan bahawa dia hanya ingin mewawancara Najib pada masa itu dan tidak mempunyai agenda politik.

"Tetapi cara anda bertanya, seolah-olah dalam fikiran anda, saya sudah terlibat," kata Najib.

Jolley kemudian bertanya sama ada dia diusir kerana mahu memfilemkan kisah mengenai pembunuhan Altantuya.

Najib menjawab: "Itu telah diputuskan oleh pihak berkuasa, mereka tidak mahu perkara-perkara itu berlegar di negara ini dan saya serahkan kepada mereka."

Apabila ditegaskan bahawa arahan itu datang dari pejabatnya, Najib menegaskan bahawa bukan beliau membuat keputusan itu.

Altantuya ditemui mati di sebuah kawasan di Shah Alam pada 18 Okt 2016 dengan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang menjadi pengiring peribadi kepada Najib ketika itu disabitkan bersalah atas pembunuhan tersebut.

Manakala rakan rapat Najib yang juga seorang penganalis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Najib pada masa itu merupakan timbalan perdana menteri.

Lihat Komen
ADS