Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketuanan Melayu: Syed Saddiq, Asyraf mahu dialog terbuka
Diterbitkan:  Oct 29, 2018 6:37 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima jemputan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk mengadakan dialog terbuka berhubung ketuanan Melayu.

"Boleh, nanti kita tetapkan masa/tarikh semasa berjumpa di mesyuarat Jawatankuasa Anak Muda bagi membincangkan pindaan yang berkaitan dengan belia. Pemimpin muda dari parti politik yang lain juga saya (akan) jemput

"Ini mungkin kali pertama tetapi insyaAllah kita mampu lakukannya," katanya menjawab jemputan Asyraf melalui Twitter hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Asyraf memaklumkan pihaknya telah dihubungi Sinar Harian yang mahu menjadi hos penganjur dialog berkenaan.

"Saya telah nyatakan persetujuan (kepada penganjur), hanya menunggu jawapan balas YB @SyedSaddiq. Harap sangat YB terima. Ini dialog untuk cari titik sepakat dan kebenaran bukan debat untuk tentu siapa handal!" kata Asyraf.

Pada kiriman balasnya kepada Syed Saddiq, Asyraf juga mencadangkan agar menteri itu menetapkan tarikh secepat mungkin.

"Tidak perlu tunggu mesyuarat tersebut sebab dah pinda tarikhnya baru-baru ini. Isu ini perlu dibincangkan secara ilmiah dan objektif dengan kadar segera kerana rakyat perlukan pencerahan sebab itulah dialog penting," katanya.


Berita berkaitan: 'Istilah Ketuanan Melayu hanya rekaan Umno'


Pada 27 Okt lalu, dalam program Forum Ekonomi Anak Muda 2018 yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Syed Saddiq dilaporkan berkata zaman ketuanan Melayu telah berakhir.

Jelas Syed Saddiq, Malaysia bergerak ke arah fasa baru yang memperjuangkan kesaksamaan, dan perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan BERSATU.

Dalam artikelnya selepas itu, Syed Saddiq memberi gambaran ketuanan Melayu adalah "mimpi palsu".

Dalam tulisan itu juga, Syed Saddiq menjelaskan kenyataannya berhubung ketuanan Melayu tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja-raja Melayu ataupun agama Islam.

Susulan itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan SYed Saddiq disalah tafsir.

Meskipun memperjuangkan nasib Melayu, negara kita ini juga ada kaum bukan Melayu yang turut memerlukan sokongan daripada kita supaya mereka juga boleh bersama-sama berkongsi kekayaan ada di negara ini.

"Kita kena faham dalam senario dan situasi zaman kini, zaman selepas kita menang pilihan raya dan membentuk kerajaan dengan harapan baharu, di situlah kita berjanji bahawa kita akan berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa jua kaum dan keturunan," katanya.

 

Lihat Komen
ADS