Sistem dua parti sukar diwujudkan, kata Mustaffa Ali
Sistem dua parti sukar diwujudkan di Malaysia kerana parti-parti pembangkang utama mengamalkan ideologi yang berbeza, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustaffa Ali.
Sistem dua parti sukar diwujudkan di Malaysia kerana parti-parti pembangkang utama mengamalkan ideologi yang berbeza, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustaffa Ali.
Menurutnya, sistem dua parti ini sudah lama disuarakan oleh PAS tetapi sukar dilaksanakan kerana pelbagai masalah, antaranya ketiga-tiga parti pembangkang utama PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai ideologi berbeza.
Katanya Oleh itu, katanya, adalah sukar untuk membentuk pembangkang yang bersatu kerana perbezaan ideologi yang ketara di antara PAS dan DAP.
"Malah Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR yang dibentuk pada pilihanraya umum 1999 telah pecah menjelang pilihanraya lalu kerana perbezaan politik.
"Barisan Pembangkang yang sama juga semakin sukar menjadi kenyataan kerana keengganan DAP untuk menyertai pakatan yang membabitkan PAS," katanya ketika ditemui semasa Kongres Nasional PKR di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor menyarankan supaya
diwujudkan sistem dua parti seperti diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain.
Mustaffa juga berkata, halangan paling utama dalam membentuk pembangkang yang bersatu ialah masalah di antara PAS dan DAP.
Katanya, PAS tidak membuang DAP dari BA tetapi parti itu sendiri yang mengambil keputusan meninggalkan pakatan itu kerana menentang dasar Islam PAS.
Hubungan longgar
"PAS boleh menerima semula DAP tetapi adakah parti berasaskan kaum Cina itu setuju dengan dasar PAS?" katanya.
Mustaffa juga mengulas mengenai hubungan parti itu dengan PKR yang menurutnya agak longgar sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, ia berlaku kerana PKR sibuk memperkemaskan struktur parti tetapi beliau yakin ia akan kembali erat tidak lama lagi.
"Jika dibandingkan dengan sebelum ini, kerjasama dan hubungan PAS dengan PKR tidak begitu kukuh tetapi tidak sampai ke tahap dingin," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, semua parti dalam pembangkang mempunyai ideologi masing-masing dan bebas menyatakan pandangan mengenai.
Katanya, ini kerana ketiga-tiga parti pembangkang itu mempunyai kelompok penyokong masing-masing tetapi ia tidak menjejaskan pakatan pembangkang.
Beliau berkata, matlamat utama pembangkang ialah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan mengambilalih pucuk pimpinan negara.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.