Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maszlee beri jaminan teliti dakwaan guru tak hadir 7 bulan

Jabatan Pendidikan Sabah sedang meneliti saman seorang remaja di Kota Belud, Sabah terhadap bekas guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau masih dalam perbincangan dengan jabatan berkenaan dan memberi jaminan akan meneliti kes itu.

Pada 30 Oktober seorang remaja di Kota Belud, Sabah menyaman bekas guru bahasa Inggerisya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan semasa dia menjadi pelajarnya.

Nafirah Siman, 18, daripada SMK Taun Gasi menyaman Jainal Jamran atas kejadian yang didakwa berlaku pada 2015 ketika dia berada di tingkatan 4.

Saman itu difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober.

Dia turut menamakan guru besar sekolah Suid Hanapi, SMK Taun Gusidan pegawai pendidikan daerah kota Belud, ketua pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

“Saya tengah tunggu laporan daripada mereka (Jabatan Pendidikan Sabah),” katanya ringkas.

Penerangan lanjut 

Sementara itu diminta mengulas lanjut cadangan Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga mulai tahun 2019, Maszlee berkata setakat ini beliau menerima banyak maklum balas positif.

Bagaimanapun, anggota parlimen Simpang Renggam itu menjelaskan bahawa penerangan lebih lanjut mengenai perkara itu perlu dilakukan.

“Kita akan buat kenyataan rasmi kerana saya melihat banyak respons positif daripada ibu dan bapa, guru-guru, NUTP dan banyak pihak. Mereka menyambut positif, cuma mereka inginkan penerangan lanjut.

“Tapi di sini apa pun yang kami perkenalkan ia bukan sesuatu yang baru dan ia pernah dibawa sejak tahun 2011 lagi tetapi pada waktu itu ia hilang roh pelaksanaannya.

“Jadi, kali ini kita ingin perkenalkan bentuk yang lebih komprehensif dengan tidak membebankan guru dan murid-murid. Tetapi kita mahu menjadikan pelajaran itu sebagai satu keseronokan, fun learning,” katanya.

Lihat Komen
ADS