BERITA

Cukai minuman bergula 40sen seliter mulai 1 April 2019

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Nov 2018, 11:14 tengahari

BELANJAWAN 2019 l Kerajaan akan memperkenalkan duti eksais untuk minuman bergula berkuat kuasa 1 April tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kadar cukai 40sen seliter akan dikenakan terhadap minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

Ia melibatkan minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain melebihi 5 gram per 100 mililiter; serta jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter.

Perkara itu diumumkan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan petang ini.

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.