mk-logo
Berita
Najib persenda polisi harga petrol HARAPAN
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 7:05 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersenda rancangan kerajaan untuk mengapungkan harga minyak petrol RON95 secara terurus.

"Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).

"Apa terjadi kepada "hari ini kita menang, esok harga petrol akan turun"? 

"(Janji harga) RM1.50 satu liter sudah ke mana?" Soal beliau pada hantaran di Facebook merujuk kepada ucapan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya, Lim berkata harga terapung berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) akan diperkenalkan semula untuk menggalakkan penggunaan sumber yang cekap dan "kebocoran" yang terkawal akibat arbitraj dan penyeludupan rentas sempadan.

RM2 bilion bagi laksana subsidi bahan bakar

Walau bagaimanapun, ini hanya akan dilakukan selepas kerajaan memperkenalkan skim subsidi bahan bakar yang disasarkan pada suku kedua tahun 2019.

Menurut Lim seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 motosikal dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim subsidi bersasar yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi.

Katanya, subsidi berkenaan akan diberikan kepada pemilik kereta 1.5cc dan motosikal 125cc.

Subsidi itu sebanyak 30sen terhadap 100 liter sebulan untuk kereta, dan 40 liter untuk motosikal, jelasnya lagi.

"Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi melaksanakan skim itu kata Lim kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM2 bilion. Beliau tidak menyebut kos untuk mengekalkan harga itu sehinggalah pengenalan semula sistem apungan terurus itu.

 

Lihat Komen
ADS