Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembangkang boo, panggil Guan Eng 'Nobita'
Diterbitkan:  Nov 2, 2018 7:19 PM
Dikemaskini: 11:34 AM

Anggota parlimen BN membangkitkan isu pembelian banglo Lim Guang Eng bawah harga pasaran ketika menteri kewangan membentangkan Belanjawan 2019 hari ini.

Perkara itu dibangkitkan ketika Lim mengumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menyiasat

kekayaan luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

September lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Khoon daripada pertuduhan rasuah dalam kes pembelian banglo itu.

Lim memperoleh hartanah itu ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini.

Setiausaha agung DAP itu mendakwa menjadi mangsa pendakwaan terpilih semasa pentadbiran lama Datuk Seri Najib Razak di era BN.

Hari ini, lebih kurang lima minit berucap membentangkan belanjawan, Lim diganggu oleh anggota Dewan Rakyat BN ketika berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan "kleptokrat".

Ucapan itu mengundang sorakan 'boo' dan sorakan anggota parlimen BN sehingga memaksa speaker Mohamad Ariff Md Yusof campur tangan menenangkan keadaan.

Di Penghujung ucapan, Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkata belanjawan kali ini hanya amalan penjenamaan semula dengan banyak “salin dan tampal”.

Ketika pertikaman lidah anggota parlimen pembangkang dan kerajaan, seseorang dari pihak BN melaungkan perkataan “Nobita” - watak utama dalam kartun popular Jepun, Doraemon.

 

Lihat Komen
ADS