Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Kalau jadi presiden Umno, saya pecat Lokman sebab IQ tahap lobak

Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata jika beliau menjadi presiden Umno, maka beliau akan memecat Anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Lokman Noor Adam.

"Berdoalah saya tidak menjadi presiden Umno. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah memecat kamu kerana memiliki IQ yang rendah pada tahap lobak (IQ of a carrot)," ciap beliau kepada Lokman di Twitter.

Hantaran Khairy itu menerima 1,800 likes dan dikongsikan sebanyak 2,100 kali.

Beliau mengulas ciapan Twitter Lokman yang mengecam beliau kerana bersikap kritikal kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tapi apa yang pasti, jika beliau (Khairy) meneruskan sikap menuding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi presiden Umno," kata Lokman.

'Munafik suka tikam belakang'

Bekas pengarah komunikasi strategik Kementerian Kewangan era pentadbiran Najib itu dalam mengulas kenyataan terbaru Khairy, berkata beliau lega Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengalahkan Khairy dalam pertandingan presiden Umno pada Jun lalu.

"Itulah sebabnya Zahid menang, anggota Umno perlukan seorang presiden yang berani menghadapi pencabarnya, bukan pengecut yang hanya tahu memecat lawannya dan seorang munafik yang suka tikam belakang berselindung di sebalik slogan 'persaudaraan'," katanya kepada Malaysiakini.

Khairy telah membayangkan rancangannya untuk bertanding presiden Umno sekali lagi pada pemilihan 2021.

Semalam, Lokman mengeluarkan kenyataan yang mengutuk Khairy.

Hal ini selepas Khairy menolak punca-punca kekalahan BN pada PRU 14 yang diberikan Najib, antaranya termasuk "fitnah dan penipuan" pihak lawan.

Mengulas perkara itu, Khairy berkata kekalahan BN kerana skandal 1MDB.

Susulan itu, Lokman dalam kenyataannya mendakwa Khairy tidak menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ketua pemuda Umno pada waktu itu.

'Ketua pemuda bebal, gopoh'

Beliau mendakwa Khairy mendesak Najib meletak jawatan selepas BN kalah pada PRU14 lalu.

"Tapi saya tidak boleh fikir, bagaimana seorang menteri kabinet dan ketua pemuda parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini (sebelum PRU14) boleh pergi ke rumah presiden pada malam kita kalah, menuntut supaya presiden meletakkan jawatan.

"Kalau Datuk Seri Najib tidak ada ketua pemuda yang bebal dan gopoh seperti ini, tidak mustahil Datuk Seri Najib yang merupakan pengerusi Barisan Nasional dan merupakan parti yang memenangi kerusi paling banyak, dapat mentadbir negara ini sebagai “Care Taker Government” selama 3 bulan lagi selepas 9 Mei, 2018.

"Dalam tempoh 3 bulan itu, mungkin Datuk Seri Najib sudah berjaya memujuk parti-parti lain untuk membentuk kerajaan campuran," kata Lokman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS