Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CJ: Hakim tak boleh berfikiran macam pihak eksekutif

Ketua Hakim Negara Richard Malanjum mengingatkan para hakim untuk kekal bebas dalam menjalankan sumpah jawatan mereka serta tidak tunduk terhadap tekanan yang datang dari luar dan dalam kehakiman.

Beliau berkata para hakim, khususnya mahkamah tertinggi bukanlah penjawat awam kerana gaji mereka datangnya daripada suatu dana terkumpul.

"Mereka dilantik Yang di Pertuan Agong (untuk melaksanakan keadilan). Mereka (para hakim) tidak patut mempunyai pemikiran pihak eksekutif dalam menjalankan tugasnya," katanya.

Hakim Malanjum berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamudin Mohd Yunus berjudul Hishamudin Yunos: Celebrating judicial independence.

Buku itu dilancarkan Yang Di Pertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tamak nanti SPRM petuk pintu rumah

Dalam ucapannya juga, ketua hakim negara mengiktiraf kebebasan Hishamudin berkata beliau berani menulis penghakiman yang tidak sealiran dengan keputusan majoriti panel hakim lain Mahkamah Rayuan.

Buku ini mengenai ulasan penghakiman Hishamudin daripada berbagai pakar perundangan, termasuklah firma Lee, Hishammuddin, Allen and Gledhill, yang mana beliau salah seorang perunding.

Malanjum turut memberi peringatan kepada para hakim supaya jangan bersikap tamak.

"Apabila tamak menguasai, pintu keadilan dan kebebasan akan tertutup.

"Di Malaysia, jika kamu tamak maka mungkin pada suatu hari pintu rumah anda akan diketuk SPRM," tegas beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS