GLOBAL Great Britain secara tidak sah telah memotong bayaran elaun kepada mangsa perhambaan moden dan mesti membayar beratus paun kepada setiap mereka yang terbabit, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Lebih 1,000 mangsa akan berkongsi kira-kira £1 juta (RM5.45 juta) dalam pembayaran balik, kata peguam yang terlibat dalam kes itu. Keputusan itu dijangka menjejaskan rancangan kerajaan untuk memotong pembayaran kepada yang lain yang pulih daripada perhambaan tahun depan.
"Kami sangat gembira dengan penghakiman itu," kata Anna Sereni dari kumpulan kempen Anti-Perhambaan Antarabangsa kepada Yayasan Thomson Reuters.
"Ia mengembalikan kepada (mangsa) kemerdekaan mereka ... ini bermakna daripda mereka risau tenang makanan setiap minggu, mereka kini boleh menangani perkara seperti janji temu perubatan dan sesi kaunseling."
Home Office berkata ia menerima penghakiman mahkamah, tetapi enggan mengulas sama ada ia akan membuat rayuan.
Orang yang mengatakan bahawa mereka telah diperhambakan boleh mendapatkan kaunseling, perumahan dan pembayaran sara hidup mingguan di bawah National Refferral Mechanism (NRM) - skim di mana mangsa dikenalpasti dan diberi bantuan.
Awal tahun ini, kerajaan mengurangkan pembayaran sara diri kepada pencari suaka yang berada di bawah skim itu dari £65 hingga £38 seminggu, dalam apa yang dikatakan oleh para penyokong "hadiah" kepada pengeksploit.
Kerajaan bertindak "menyalahi undang-undang" ketika ia menurunkan pembayaran secara sepihak, kata Hakim Nicholas Mostyn.
Beliau juga menolak tanggapan bahwa keperluan mangsa perhambaan sama seperti pencari suaka yang mendapat kadar elaun hidup yang rendah.
"Para penuntut dan sesiapa pun yang tertakluk kepada pemotongan itu berhak dibayar balik," tulisnya.
Peguam yang mencabarnya di mahkamah berkata pemotongan itu menyebabkan mangsa tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka dan berisiko untuk dieksploitasi semula.
Home Office minggu lepas mengumumkan dana tambahan untuk mangsa yang terjejas oleh pemotongan tersebut. Tidak jelas sama ada pembiayaan tambahan itu akan berterusan ekoran keputusan mahkamah itu.
Sekurang-kurangnya 13,000 orang di seluruh Britain dianggarkan oleh kerajaan menjadi buruh paksa, mangsa eksploitasi seksual dan perhambaan domestik. Tetapi polis mengatakan angka sebenar boleh mencecah puluhan ribu.
- Yayasan Thomson Reuters
[Baca berita penuh]
