Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Forum UKM: Penganjur akan ubah tajuk forum migrasi masyarakat India
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 11:26 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Penganjur sebuah forum mengenai "polemik" migrasi masyarakat India ke Semenanjung Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Rabu ini telah mengumumkan ia akan mengubah tajuk forum tersebut.

Forum awal, berjudul Polemik kehadiran masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu: Migrasi atau Imigran? dijadualkan diadakan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) pada 14 November.

Atma memberi jaminan bahawa forum itu akan diteruskan, walaupun dengan tajuk baru.

Tajuk program ini telah dibatalkan, kata Atma dalam posting Facebook malam tadi.

Perbincangan akan diteruskan dengan sedikit perubahan kepada tajuk, tambah Atma kemudian.

Ini sehari selepas pihak universiti dan Atma ditegur behubung fokus forum iu terhadap masyarakat India Malaysia dan pemilihan barisan penalisnya.

Barisan penalis asalnya ialah profesor penyelidikan dasar dan pengajian antarabangsa Ahmad Murad Merican; pensyarah arkeologi Nasha Rodziadi Khaw dari Universiti Sains Malaysia; Profesor Atma Zuliskandar Ramli; serta pakar tamadun India Azharudin Mohamed Dali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mempertahankan barisan penalis itu Atma mendakwa dalam satu lagi komen bahawa ia telah menjemput individu keturunan India untuk menyertai panel itu tetapi tiada yang menerimanya.

Katnya, orang India enggan menjadi panelis (sic). Dijemput tetapi ditolak.

Tambahnya, daripada memilih panelis berdasarkan identiti etnik, ia lebih penting bagi mereka yang memiliki kepakaran dalam arkeologi.

Tidak pasti sama ada empat penalis asal itu akan diikekalkan apabila forum itu diteruskan.

Malaysiakini telah menghubungi UKM dan Atma untuk penjelasan lanjut.

Semalam, Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) kecewa bahawa sebuah universiti terkenal akan mengadakan perbincangan yang menurutnya "mempersoalkan" masyarakat India.

Ia juga bertanya mengapa UKM menganjurkan program ini, terutamanya dengan tajuk kontroversi seperti itu.

Naib presiden Mira, S Gobi Krishnan juga bertanya kenapa tidak ada ahli pan dari kaum lain?"

Oleh itu, Gobi menggesa <enteri Pendidikan Maszlee Malik dan Menteri Perpaduan P Waythamoorthy untuk melihat perkara itu.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS