Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setiausaha Agung PKR pertikai dakwaan '11k anggota dalam 11 alamat'
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 8:27 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempertikai laporan Malaysiakini yang mendakwa terdapat seramai 11,339 anggota PKR dalam senarai keahlian PKR Julau yang berkongsi 11 alamat meragukan.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Saifuddin berkata rekod keahlian parti yang dilihat oleh Malaysiakini tidak sahih.

"Saya menyemak (rekod keahlian) satu demi satu, halaman demi halaman. Secara ketara, dakwaan yang mengatakan 11,000 anggota ada pada 11 alamat tak betul," katanya.

Semalam, Malaysiakini yang bertindak daripada maklumat pembaca, telah meneliti alamat senarai keahlian PKR Julau yang bertarikh 16 Ogos.

Dokumen ini boleh dibeli oleh ahli parti dan Malaysiakini telah mengesahkan kesahihannya dengan sumber PKR Sarawak.

Malaysiakini menemui 11,339 rekod berkongsi 11 "alamat" - di "Lamujan, Pakan", "Beketan, Meluan", "Entabai, Meluan", "Babai, Pakan", "Julau, Meluan", "Meluan , Meluan "," Wuak, Pakan "," Engkamup, Meluan "," Dayu, Pakan "," Balut, Meluan "dan" Rayah, Meluan ".

Bagaimanapun, tidak seperti alamat yang lazim bagi cabang PKR Sarawak yang lain, 11,339 rekod ini hanya gabungan beberapa nama daerah mengundi atau kawasan dewan undangan negeri dalam parlimen Julau.

Biasanya, rekod keahlian PKR Sarawak untuk penduduk luar bandar akan menggunakan nama tertentu rumah panjang atau kampung dalam alamat.

Kesilapan manusia

Saifuddin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah 'dimusuhi' kepimpinan PKR Sarawak dan menyatakan portal berita itu mungkin melihat senarai keahlian yang tidak tepat.

Mengenai penemuan Malaysiakini bahawa terdapat sekurang-kurangnya 874 kes nombor keahlian pendua yang terdapat dalam senarai dan 21 contoh nombor keahlian berkembar, Saifuddin berkata perkara ini tidak akan menjejaskan pemilihan parti.

"Apabila anda mengundi menerusi sistem e-undi, sistem akan menolak (ahli) jika mereka mendapati terdapat kad pengenalan atau nombor keahlian yang disalin," katanya.

Beliau berkata masalah dengan nombor keahlian itu mungkin disebabkan oleh "kesilapan manusia".

PKR mempunyai dua cara untuk mendaftarkan ahli parti - yang pertama ialah kaedah manual dan kedua, pendaftaran dalam talian.

Saifuddin berkata selepas pilihan raya 9 Mei, terdapat peningkatan dalam permohonan keahlian yang menyebabkan sistem pendaftaran dalam talian bermasalah.

Berikutan itu, majlis kepimpinan pusat PKR (MPP) memutuskan untuk membenarkan butiran pendaftaran diserahkan dalam format fail lembaran, yang terkandung dalam pemacu jari (thumbdrive).

"Inilah yang menimbulkan masalah ini sekarang, adalah kerana you buka syarat itu, you longgarkan.

"Bila syarat itu dilonggarkan, semua orang masuk dengan menggunakan borang, timbullah isu macam sekarang, alamat samalah, no ic samalah. Macam-macam,"katanya.

Dalam kes Julau PKR, Saifuddin berkata semuanya dilakukan secara telus di ibu pejabat parti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS