Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden Sri Lanka bubar parlimen, meruncingkan krisis politik
Diterbitkan:  Nov 10, 2018 10:37 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

GLOBAL Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena (di atas) membubarkan parlimen pada malam Jumaat dan memanggil satu pilihan raya umum pada 5 Jan dalam satu langkah yang akan meruncingkan lagi krisis politik negara itu.

Pembubaran yang dijangkaakan dicabar di mahkamah, didedahkan dalam pemberitahuan gazet rasmi yang ditandatangani oleh Sirisena yang juga menetapkan sidang parlimen akan datang diadakan pada 17 Jan.

Tindakan itu diambil selepas berlaku pergelutan kuasa yang hebat ksejak dua mingu lalu susulan Sirisena memecat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe dan pelantikan Mahinda Rajapaksa, ahli kuat pro-China, sebagai penggantinya.

Berikutan pemecatan itu, presiden menggantung parlimen dalam langkah yang dikatakan oleh Wickremesinghe bertujuan untuk menghalang perdana menteri daripada mencabar keputusan itu dalam badan perundangan.

Kemudian Sirisena bersetuju untuk sidang parlimen diadakan semula pada pada 14 Nov, tetapi itu tidak akan berlaku.

Wickremesinghe enggan mengosongkan kediaman perdana menteri, dengan berkata dia masih perdana menteri dan mempunyai undi majoriti di Parlimen.

Sebelum dia menandatangani kertas pembubaran Parlimen, Sirisena melantik sekutunya dan Rajapaksa ke  jawatan kabinet.

"Ini adalah pelanggaran serius perlembagaan," kata Harsha De Silva, ahli parlimen dari parti Wickremesinghe, memberitahu Reuters merujuk kepada pembubaran parlimen.

Pakar undang-undang bebas telah memberitahu Reuters bahawa Parlimen hanya boleh dibubarkan pada awal tahun 2020, iaitu empat setengah tahun dari sidang pertama parlimen semasa. Satu-satunya cara undang-undang yang sah ialah melalui referendum, atau dengan persetujuan dua pertiga daripada penggubal undang-undang.

Memandangkan pandangan itu, ia tidak jelas bagaimana Sirisena boleh membubarkan Palimen secara sah, walaupun pakar peundangannnya telah berkata, terdapat peruntukan untuk dia berbuat demikian

Suruhanjaya Pilihanraya Sri Lanka dipetik dalam beberapa media tempatan sebagai berkata bahawa ia akan mencari pendapat Mahkamah Agung sebelum menjalankan pilihan raya.

Sirisena juga meletakkan polis dan pejabat percetakan kerajaan di bawah portfolio pertahanan, lapor media tempatan.

Ajith Perera, ahli parlimen United National Party (UNP) yang diketuai oleh Wickremesinghe berkata parti itu akan mencabar keputusan itu di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya dahulu dan kemudiannya di Mahkamah Agung.

Perera berkata pembubaran itu dibuat agar Sirisena dapat mengelakkan kekalahan di parlimen minggu depan.

Jurucakap kerajaan Sirisena, Keheliya Rambukwella, berkata gabungan parti presiden itu mempunyai sokongan 105 anggota penggubal undang-undang pada hari Jumaat, kurang lapan majoriti parlimen.

Sirisena berkata beliau memecat Wickremesinghe kerana Perdana Menteri cuba untuk melaksanakan "konsep politik liberal baru yang melampau dengan memberi keutamaan kepada dasar luar dan mengabaikan sentimen rakyat tempatan."

India dan negara-negara Barat telah meminta agar Sirisena bertindak selaras dengan perlembagaan sambil menimbulkan kebimbangan mereka terhadap hubungan rapat Rajapaksa dengan China.

Beijing meminjamkan trilion dolar Sri Lanka untuk projek-projek infrastruktur ketika Rajapaksa menjadi presiden antara 2005-2015, menyebabkan negara itu menanggung hutang. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS