Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Katanya, hal itu diputuskan selepas melihat hutang negara yang tinggi dan keperluan pelajar baru yang memerlukan dana, hasil bayaran balik peminjam terdahulu.

"Saya nak buat pengumuman, saya nak buat permohonan maaf kepada saudara saudari dan rakyat.

"Ramai tuntut Harapan tangguh bayaran PTPTN bagi peminjam yang gajinya di bawah RM4,000.

"Saya dah berbulan-bulan fikir bagaimana cara laksana janji ini, mandat yang di perolehi bagaimana nak laksanakan janji ini kerana janji tak dapat dilaksanakan.

“Tapi hari ni saya mohon maaf kerana janji ini tidak dapat saya tunaikan kerana sayalah yang tulis itu dalam buku Pakatan Harapan," kata Wan Saiful yang berkata pemohonan itu dibuat atas kapasiti dirinya yang merangka manifesto Harapan sebelum gabungan itu menjadi kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan di Aswara, hari ini.

Wan Saiful turut memuji pengurusan PTPTN yang selama ini bertungkus lumus menguruskan berbadanan tersebut.

“Kini dengan adanya kemahuan politik yang kuat yang mahu menyokong pihak pengurusan, saya yakin kita boleh menguruskan perubahan-perubahan yang berlaku dengan cara yang lebih baik,” katanya.


Lihat Komen
ADS