Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyandang ketua cabang Julau mahu keputusan diumum hari ini

PEMILIHAN PKR | Penyandang ketua PKR Julau Semana Sawang membantanh keputusan jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) menangguh keputusan pengundian di cabang itu, berkata ia sepatutnya diumumkan hari ini.

Penggantungan itu susulan dakwaan "serangan siber" terhadap tablet yang digunakan di pusat pengundian di sana.

Bercakap dengan Malaysiakini, Semana berkata langkah itu mendedahkan undi yang sudah dibuat kepada risiko dimanipulasi.

"Saya tak setuju keputusan diumumkan (kemudian), kerana senang saja untuk mereka umum hari ini."

Beliau dicabar oleh Larry Sng bagi jawatan ketua cabang. Sng adalah anggota parlimen di situ dan salah seorang daripada kem Rafizi.

'Kurang percaya Rafizi'

Seperti Rafizi, Semana juga mengatakan berada di pusat mengundi. Beliau menyangkal dakwaan naib presiden PKR itu bahawa ada pihak yang "mengusik" tablet tengah hari tadi.

"Saya tak nampak tablet dikacau atau diusik. Pada awalnya tak ada masalah, di peringkat akhir baru dia (Rafizi) buat dakwaannya," dakwanya, dan menambah beliau "kurang percaya" dakwaan tablet diserang 'malware'.

Rafizi mendakwa melihat seseorang mengusik tablet yang digunakan, dan kemudian menyedari perisian bernama Prey dimasukkan ke dalamnya.

Perisian anti-kecurian itu membolahkan pengguna mengawal ribuan peralatan serentak, termasuk memadam data dari jarak jauh.

JPP kemudian mengesahkan terdapat 10 tablet yang mempunyai perisian itu. JPP juga mendakwa ia dipasang secara fizikal ke peratalan itu, yang diberikan kepada PKR Julau awal pagi tadi.

Pengerusinya Rashid Din kemudian mengumumkan keputusan pengundian Julau digantung sehinggalah tablet itu kembali pada keadaan biasa dan proses penyatuan data selesai.

Cabang Julau menjadi perhatian ekoran kenaikan keanggotaan yang mendadak pada 26 Jun lalu, menjadikan jumlahnya meningkat daripada 603 kepada 13,549 dalam masa sehari.

Rungutan berkenaan kejanggalan timbul dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk pendaftaran anggota parti lain tanpa pengetahuan mereka dan menggunakan alamat meragukan.

Bagaimanapun, Setiauasaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution membersihkan cabang itu daripada sebarang keraguan dan berkata proses pendaftaran anggota berjalan secara sah.

Lihat Komen
ADS